Khamis, 13 Jun 2019

Drama Kariah Cak Pong lakonan Shamsul Ghau Ghau, Kazar dan Razak Ahmad

Saksikan drama bersiri Kariah Cak Pong yang bersiaran 20 episod bermula hari ini di slot Iris TV3. Tayang pada setiap hari Isin hingga Khamis jam 6.30 petang. Terbitan produksi Tanah Beris Film Production dan arahan Shuhaimi Lua Abdullah.

Drama Kariah Cak Pong

Para Pelakon

Shamsul Ghau Ghau, Kazar Saisi, Razak Ahmad, Amelina, Kuna Muzani, Ashraf Jamaludin, Zee Zainal, Hanna Aqeela, Feiyna Tajudin, Sissy Imann, Faez Nick, Zahir, Amyza Aznan, Amar Asyraf, Abil, Ilman Saldi.


Episod 1 Episod 2 Episod 3 Episod 4 Episod 5
Episod 6 Episod 7 Episod 8 Episod 9 Episod 10
Episod 11 Episod 12 Episod 13

Watak

Shamsul Ghau Ghau sebagai Pak Nan
Kazar Saisi sebagai Pak Nin
Razak Ahmad sebagai Pak Non
Amelina sebagai Mak Ndak Bella
Kuna Muzani sebagai Mak Shidah
Ashraf Jamaludin sebagai Daud
Zee Zainal asebagai Murad
Hanna Aqeela sebagai Shuhaiza
Feiyna Tajudin sebagai Rokiah
Faez Nick sebagai Joe Mutalib

Sinopsis Kariah Cak Pong

Mengisahkan mengenai Pak Non, Pak Nan dan Pak Nin yang merupakan barisan ahli jawatan kuasa masjid di kampung mereka. Segala berita panas yang tular di kampung itu, dilakukan melalui media sosial oleh penduduk kampung.

Kerana terlibat dengan kontroversi bersama Syuhaza, Pak Nan dilucutkan jawatan namun kerja dakwahnya tetap diteruskan. Kehadiran Daud dan Murad, yang selalu membuat onar mengeruhkan lagi keadaan.

Pelbagai gelagat penduduk kampung apabila kontroversi melanda kampung mereka. Dapatkah Pak Nan kembali menjadi ahli jawatan kuasa masjid dan kembali mengimarahkan masjid?

Gambar Pelakon

Drama Kariah Cak Pong