Menampilkan barisan pelakon hebat seperti Zul Ariffin sebagai Omar, Shasha Abedul sebagai Mawar dan Sofea Jane sebagai Sarimah, filem ini menggabungkan elemen seram klasik dengan sentuhan moden yang pastinya membuat penonton tidak senang duduk.
Dengan skrip hasil garapan Hazo Mahayuddin, Nazifdin Nasrudin dan Haris M. Nor, Malam Terlarang dijangka menjadi antara karya seram tempatan paling dinanti tahun ini — membawa penonton menyelami rahsia gelap di sebalik malam yang tidak sepatutnya berlaku.
Info Filem
Senarai Pelakon
- Zul Ariffin sebagai Omar
- Shasha Abedul sebagai Mawar
- Sofia Jane sebagai Sarimah
- Aila Azizul sebagai Safar
- Sabri Yunus sebagai Haji Mokhtar
- Normah Damanhuri sebagai Mak Noni
- Hasnul Rahmat sebagai Haji Wahid
- Haneesya Hanee sebagai Pamakbul
- Amir Nafis
- Sadiq M. Jamil
Sinopsis Filem Malam Terlarang
Mengisahkan Mawar, gadis berusia 18 tahun yang terpaksa menangguhkan impiannya
sebagai wartawan demi menjaga ibunya, Sarimah, dengan bantuan kakak tirinya,
Safar. Namun segalanya berubah selepas kematian mengejut dalam keluarga mereka
membawa kepada gangguan makhluk misteri yang memaksa Mawar menyiasat rahsia di
sebalik tragedi itu.
Dalam masa sama, bapanya Omar sibuk dengan kempen politik bagi menggulingkan
ketua partinya, Haji Wahid. Ketika penyiasatan semakin dalam, Mawar berdepan
kejadian paranormal mengerikan yang dipandang remeh oleh ahli keluarganya.
Akhirnya, dia dan bapanya perlu berhadapan musuh sebenar untuk membebaskan
diri daripada kuasa gelap yang menghantui hidup mereka.
Trailer Rasmi Filem
Kenapa perlu tonton
Dengan gabungan jalan cerita mendalam, lakonan mantap dan sentuhan visual yang memukau, Malam Terlarang menjanjikan pengalaman seram yang sukar dilupakan.Filem ini bukan sekadar menakut-nakutkan, tetapi turut membawa mesej tentang rahsia, dosa dan akibat perbuatan manusia yang tidak mampu dihindari.
Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan sendiri misteri di sebalik malam penuh rahsia ini, hanya di pawagam bermula 30 Oktober 2025. Beranikah anda untuk menghadapi Malam Terlarang?