Khamis, 13 Jun 2019

Telefilem Dosa Yang Tak Diiktiraf lakonan Zarul Husin dan Elly Mazlein

Saksikan cerekarama Dosa Yang Tak Diiktiraf ini pada hari Sabtu, 15 Jun jam 10 malam di TV3. Terbitan produksi JS Pictures Sdn Bhd dan arahan Azman Hj Yahya.

Telefilem Dosa Yang Tak Diiktiraf

Para Pelakon

Zarul Husin, Elly Mazlein, Chacha Maembong, Rayyandino.



Video Promo


Sinopsis Dosa Yang Tak Diiktiraf

Razif dan Rita Sarafina, adalah pasangan suami isteri yang bergiat dalam industri muzik. Nama mereka gah dalam arena ‘Rock’ tanah air. Razif ditugaskan untuk mencipta sebuah lagu berunsur keagamaan yang masih ada unsur rock dengan gabungan alunan irama nasyid untuk sebuah OST filem.

Dia mula terkesan dengan skrip filem itu yang menyedarkan dia tentang hukum agama. Sejak itu Razif mula mempelajari tentang agama dan telah meninggalkan kesan terhadap keluarganya apabila mereka juga turut disuruh meninggalkan dunia hiburan.

Para Pelakon

Telefilem Dosa Yang Diiktiraf