Drama Bougainvillea bersiaran di slot Samarinda TV3 selama 15 episod
bermula 28 Disember 2020, Isnin hingga Khamis jam 10 malam. Juga boleh ditonton
stream di aplikasi iQiyi dan website www.iq.com.
Drama ini terbitan Sha's Media Sdn Bhd, skrip Lynnda Sharudin, idea asal Raja
Azidah dan arahan pengarah Ayie Mustafa.
Para Pelakon
Beto Kusyairy, Intan Ladyana, Nora Danish, Hanna Aqeela, Wan Nor Azlin, Kirana
Batrisyia, Mior Darwish, Ameerul Asyraf, Ziema Din, Jasper Supayah.
Watak Lakonan
Beto Kusyairy sebagai Adrian
Nora Danish sebagai Mimie
Intan Ladyana sebagai Aryanna
Hanna Aqeela sebagai Hazira
Ameerul Asyraf sebagai Ali
Jasper Supayah sebagai Ilyana
Ziema Din sebagai Bibah (Mak Ngah)
Kirana Batrisyia sebagai Alisha
Mior Darwish sebagai Azief
Nora Danish sebagai Mimie
Intan Ladyana sebagai Aryanna
Hanna Aqeela sebagai Hazira
Ameerul Asyraf sebagai Ali
Jasper Supayah sebagai Ilyana
Ziema Din sebagai Bibah (Mak Ngah)
Kirana Batrisyia sebagai Alisha
Mior Darwish sebagai Azief
Lagu Tema/OST
Boneka - Ernie Zakri
Sinopsis Drama Bougainvillea
Kehidupan Aryanna dan Adrian yang bahagia bersama anak-anaknya di sebalik
kesibukan Adrian terhadap kerjayanya. Adrian seorang workaholic namun Aryanna
sangat memahami kesibukan Adrian biarpun adakala dia terasa hati dengan
Adrian. Bibah dan Mimie tinggal di sebuah rumah kampung. Mimie selalu berangan
untuk berkahwin dengan lelaki kaya, dan Bibah sentiasa beri sokongan.
Mimie sangat mengagumi keuarga Adrian dan Aryanna. Hazira sangat rapat dengan
keluarga Adrian dan Aryanna dan dia bebas untuk keluar masuk rumah pasangan
itu, dan turut rapat dengan anak-anak mereka.
Perkahwinan bahagia Adrian dan Aryanna diuji ketika Aryanna mengalami
kemalangan tragis dan koma. Adrian kemudian mengambil Mimie sebagai jururawat
peribadi untuk menjaga Aryanna. Mimie menjaga dan menguruskan keperluan
Aryanna dengan baik malah selalu membantu Mak Leha. Sikap Mimie begitu
menyenangkan Adrian.
Segala-galanya berubah apabila Mimie mula cemburu dan obses pada Adrian dan
berangan untuk menjadi Aryanna. Mereka ditangkap khalwat dan perlu berkahwin
tetapi Adrian masih mencintai Aryanna. Mimie mencari jalan untuk memisahkan
mereka. Suatu hari, Aryanna bangun dari komanya dan berpura-pura hilang
ingatan setelah dia mengetahui tingkah laku Mimie yang obsesif.



