Saksikan drama
Tercipta Satu Ikatan adaptasi dari novel karya Laydee
Amarfi yang ditayangkan di slot MegaDrama Astro Ria, Isnin hingga Khamis jam 10
malam bermula 29 Disember 2020. Juga boleh stream di Astro GO dan Video On
Demand.
Bersiaran selama 20 episod, drama ini diarahkan oleh Pali Yahya, skrip Syed
Mohamad Taufik dan terbitan produksi Suhan Movies & Trading Sdn Bhd.
Para Pelakon
Aeril Zafrel, Hannah Delisha, Sophia Barakbah, Izzue Islam, Fyda, Nadhir Nasar,
Nadiyah Shahab, Esma Daniel.
Watak Lakonan
Aeril Zafrel sebagai Daniyal
Hannah Delisha sebagai Leanna
Izzue Islam sebagai Zhafran
Sophia Barakbah sebagai Rissa
Nadhir Nasar sebagai Sirhan
Saharul Ridzwan sebagai Zainudin
Syed Irfan sebagai Daniyal
Aqil Nahar sebagai Sirhan
Damia Qaissarah sebagai
Mia Deen sebagai Intan
Lagu Tema / OST
Adira - Kesempatan Bagimu
Sinopsis Drama Tercipta Satu Ikatan
Kematian Jeffery telah membongkar satu persatu hal yang sebelum ini tidak pernah
diketahui oleh Leanna tentang bapanya. Hubungan perkahwinan yang sudah lama
dibina bersama Daniyal juga tiba-tiba menjadi mangsa curiga.
Kenapa you kahwin dengan I? - Leanna
Tetapi bila persoalan itu sudah terjawab, hati Leanna tetap tidak sepenuhnya
dapat menerima. Masih ada perkara yang tergantung tidak selesai. Layanan Daniyal
yang lebih baik dari sebelumnya juga sesekali menimbulkan rasa pelik di hati.
Mengapa sikap suaminya berubah?
Because I love you - Daniyal
Walaupun berulang kali menyebut cinta, Daniyal tahu semua itu tidak akan
selamanya mampu menutup rahsia yang sudah bertahun disimpan di dalam kamus
hidupnya. Kepulangan Risa dalam keadaan dia sedang berusaha membina bahagia
menegangkan semula keadaan. Wanita itu tidak akan berhenti mengejar selagi apa
yang diinginkan tidak tercapai.
Lepas you dah sayangkan dia, you terus lupa pada I! Lupa pada sebab asal kita
mulakan semua ni! - Risa.
Don't do this, Risa. I don't want to fight with my own sister. - Daniyal
Adakah cinta Daniyal memang benar telus lahir dari hati? Atau sebenarnya kerana
ada rasa bersalah yang sedang menggunung tinggi? Leanna pula sekali lagi
tersepit di dalam dilema. Antara percayakan suami yang dicinta, atau terus
mempertahankan bapa yang sudah tiada.
Apa yang berlaku semuanya tidak pernah melibatkan Leanna. Tapi kenapa di
akhirnya dia juga yang terpaksa menanggung semua sengsara?
Gambar Pelakon