Khamis, 20 Jun 2019

Cerekarama Diari Abah lakonan Syazuwan Hassan dan Arash Mohd

Saksikan cerekarama khas sempena Hari Bapa bertajuk Diari Abah di slot Cerekarama TV3 pada 22 Jun ini. Terbitan A. Aida Production Sdn Bhd, skrip Wan Mahani Wan Hassan dan arahan Bade Hj. Azmi.

Cerekarama Diari Abah

Para Pelakon

Syazuwan Hassan, Nad Zainal, Arash Mohd, Amyza Aznan, Watie Sadali, Ariff Aziz, Silfeny Osman.



Sinopsis Diari Abah

Rahmat dipulaukan oleh tiga anaknya, Annur, Zarif & Zakuan, setelah berkahwin buat kali kedua dengan Ashikin, ibu tunggal anak satu. Anak-anaknya menganggap kematian ibu mereka, Khalijad berpunca daripada keputusan Rahmat berkahwin lain.

Namun mereka semua tersedar apabila Ashikin telah menyerahkan sebuah diari kepada mereka bertiga setelah Rahmat meninggal dunia. Tercatat dalam diari itu bahawa segala duit yang dikirimkan setiap bulan digunakan abah mereka untuk mendirikan rumah anak yatim atas permintaan arwah ibu mereka dengan nama Rumah Anak Yatim Cik Khalijah.