Rabu, 10 Julai 2019

Drama Semua Salahku lakonan Fasha Sandha dan Nafiz Muaz

Terbaru di slot Lestary TV3 drama Semua Salahku mula bersiaran pada 11 Julai 2019 setiap Rabu hingga Jumaat jam 9 malam. Arahan pengarah Along Kamaludin dan terbitan A.Aida Production Sdn Bhd.

Drama Semua Salahku

Para Pelakon

Fasha Sandha, Fauziah Nawi, Adiba Yunus, Fadlan Hazim, Syed Aiman, Nafiz Muaz, Nafiez Zaidi, Zee Zainal, Neera Azizi, Intan Najuwa, Dayang Areeda, Afzan A Rahman, Farisha Irwayu.


Ep1 | DL Ep2 | DL Ep3 | DL Ep4 | DL Ep5 | DL
Episod 6 Episod 7 Episod 8 Episod 9 Episod 10
Episod 11 Episod 12 Episod 13

Sinopsis Semua Salahku

Ketika Haris masih kecil, bapanya meninggal dunia tanpa meninggalkan sebarang harta menyebabkan ibunya, Sofea terbeban kerana terpaksa bekerja keras untuk mendapatkan pendapatan.

Walaupun begitu, duit gaji Sofea dihabiskan hanya untuk bergaya dan mencari suami kaya lantas meminggirkan keperluan Haris dan ibunya Fatimah. Haris bergaul dengan rakan yang salah dan mula merompak di luar. Sofea pula sudah berjaya memikat Rosli, suami Yanti yang juga seorang pengurus kafe.

Nasib Sofea ingin berkahwin dengan orang kaya malang apabila Yanti mengambil alih semula kafenya dari Rosli meninggalkan Rosli papa kedana. Suatu hari, Haris mula berang dan bertindak ganas setelah gagal mendapatkan duit dari Sofea sehingga sanggup menampar dan ingin membaling kerusi ke arah ibunya.

Abang Sofea, Hassan yang datang ke rumah Sofea sedih dengan apa yang terjadi dan bertanya kenapa Sofea tidak langsung mengambil tahu perihal ibunya yang tinggal bersama Hassan. Hassan turut menasihatkannya supaya berbakti dengan ibu bapa. Haris akhirnya ditahan reman kerana kesalahan mencuri di kedai telefon bimbit.

Sofea pula menyesal dengan silapnya yang mengabaikan ibunya, bergegas ke rumah Hassan untuk memohon ampun tetapi malangnya, ibunya meninggal dunia.

Gambar Pelakon


Drama Semua Salahku