Jumaat, 17 Mei 2019

Tips pencegahan jenayah pecah rumah semasa balik raya nanti

Sering kedengaran ada saja kes-kes kecurian dan pecah rumah berlaku di kawasan kejiranan kediaman ketika waktu cuti panjang perayaan.

Tips pencegahan jenayah pecah rumah

Pastinya bagi kita yang hendak balik bercuti, ingin berasa tenang apabila meninggalkan rumah. Kita tidak mahu kejadikan seperti kecurian dan pecah rumah berlaku ke atas kediaman yang kita duduk. Berikut merupakan tips yang boleh anda ikuti bagi menghalang terjadinya pecah rumah.


  • Kunci pintu dan tingkap apabila meninggalkan rumah walaupun untuk masa yang singkat.
  • Jangan sembungikan kunci rumah di dalam pasu, bawah alas kaki ataupun dalam rak kasut di luar rumah.
  • Henti langganan surat khabar apabila tiada di rumah untuk beberapa hari.
  • Pasang semula mangga atau kunci rumah yang baharu jika anda kehilangan anak kunci ataupun penyewa rumah bertukar.
  • Jangan tinggalkan nota menunjukkan anda tiada di rumah.
  • Elakkan dari memberi kunci rumah kepada kontraktor.
  • Simpan tangga dan peralatan di tempat yang selamat agar tidak digunakan oleh penceroboh.
  • Wujudkan suasana rumah yang berpenghuni seperti bunyi radio dan lampu terpasang pada waktu malam (guna alat perakam waktu dan alat kawalan jauh).
  • Cabut talian talifon bagi mengelakkan telefon berdering berterusan ataupun pasang sistem pesanan/simpanan suara.
  • Berikan nombor talian anda yang boleh dihubungi dan juga talian balai polis yang berhampiran.
  • Pastikan kebersihan persekitaran rumah agar tidak ditumbuhi lalang dan semak-samun yang boleh dijadikan tempat penceroboh bersembunyi.
  • Sertai program kejiranan, khususnya bersama polis untuk mengenali serta meningkatkan kerjasama antara komuniti dan polis.
  • Pastikan sekitar kawasan pagar rumah tidak mempunyai pokok yang boleh digunakan oleh penceroboh untuk memasuki rumah dengan mudah.

Diharap tips pencegahan jenayah pecah rumah ini dapat memberikan sedikit input kepada kita yang ingin cuti lama semasa cuti Hari Raya nanti.