Selasa, 7 Mei 2019

Cerekarama Terima Kasih Ibu lakonan Nafiz Muaz, Sherie Merlis dan Azhan Rani

Sabtu ini Cerekarama TV3 membawakan telefilem bertajuk Terima Kasih Ibu. Ditayangkan pada 11 Mei jam 10 malam. Pengarah bagi telefilem ini ialah Fairuz Loy manakala syarikat produksi, Aida Khalida Production.

Cerekarama Terima Kasih Ibu

Para Pelakon

Nafiz Muaz, Adam Corrie, Azhan Rani, Sherie Merlis, Firdaus Ghufran, Nad Zainal, Idham Maulana.



Sinopsis Cerekarama Terima Kasih Ibu

Kisah mengenai Nil, yang dikenali sebagai budak bermasalah di sekolahnya. Ibunya Zaitun pula tidak mempedulikan nasihat guru dan menyebelahi anaknya.

Akhirnya Nil dimasukkan ke sekolah juvana beberapa bulan sebelum SPM kerana kes memukul Kimi, sehingga meninggal dunia. Walaupun telah dibebaskan daripada sekolah juvana, Nil tidak berubah malah sikapnya lebih teruk. Nil menjadi penjenayah diburu pihak polis.

Gambar Pelakon

Cerekarama Terima Kasih Ibu

Saksikan kesudahan cerekarama Terima Kasih Ibu pada Sabtu ni  jam 10 malam yo guys!