Khamis, 16 Mei 2019

Cerekarama Cinta Sesungguhnya lakonan Fikry Ibrahim dan Intan Najuwa

Cerekarama minggu ini membawakan telefilem bertajuk Cinta Sesungguhnya yang akan ditayangkan pada 18 Mei jam 10 malam di TV3. Terbitan syarikat produksi Creative Skill Solution, skrip nukilan Raja Azidah dan arahan Amie Maziah.

Cerekarama Cinta Sesungguhnya

Para Pelakon

Fikry Ibrahim, Intan Najuwa, Nazeera Sardi, Duerra Mitilda, Laila Nasir, Khaty Azian.


Cerekarama Cinta Sesungguhnya

Sinopsis Cinta Sesungguhnya

Di klinik psikiatri, Dr. Azlina nasihatkan Farisha yang dia perlu teruskan treatment tetapi Farisha membantah dan bertegas mengatakan yang dia sudah sihat.

Farisha sudah beberapa tahun menjalani rawatan di bawah pantauan Dr. Azlina, dan kini berada pada fasa stabil, namun masih memerlukan pantauan berterusan di fasa relapse prevention.

Dr. Azlina bimbang dengan kedegilan Farisha yang tidak mahu lagi dipantau. Farisha tidak boleh terima apabila Dr. Azlina kata penyakitnya mungkin boleh berulang sedangkan dia yakin yang dia sudah benar-benar pulih. Namun, Dr. Azlina tetap ingatkan Farisha supaya tidak cuai makan ubat.

Farisha keluar dari klinik Dr. Azlina dengan wajah sebal. Dia secara tak sengaja bertembung dan terlanggar Razlan yang Razlan baru sampai di pintu klinik untuk berjumpa dengan Dr. Azlina.

Razlan cuba berikan senyuman namun Farisha buat tak tahu dan terus berlalu. Razlan sedikit blur. Dia terus masuk ke bilik Dr. Azlina untuk berjumpa dengan kekasihnya itu.

Jangan lupa saksikan nanti cerekarama Cinta Sesungguhnya di TV3 jam 10 malam Sabtu ini.