Isnin, 8 April 2019

Video promo terbaru drama Patah Sayap Bertongkat Paruh

Video promo terbaru minggu ini bagi episod 3 hingga 6 drama Patah Sayap Bertongkat Paruh. PSBP bersiaran setiap hari Isnin hingga Khamis jam 10 malam di saluran Astro Ria 104, HD 123 dan pastinya juga di On Demand.

Video promo terbaru drama Patah Sayap Bertongkat Paruh

Episod 11
Aliah menuntut fasakh selepas kes lafaz taklik Hisyam ditarik semula. Hisyam sengaja tidak hadir ke mahkamah demi melambatkan proses penceraian mereka.

Episod 10
Aliah panik bila Azim kemalangan dan cuba menyembunyikan kejadian itu dari Hisyam. Diana sudah mula untuk meracuni fikiran Hisyam dan membocorkan rahsia Sarah.



Episod 9
Hisyam menipu mahkamah yang dia tidak pernah melafazkan taklik pada Aliah. Video Aliah dan Hisyam bergaduh di perkarangan mahkamah tular di kampung menjadikan Aliah dipandang serong oleh penduduk kampung.

Episod 8
Hasnah menjaja cerita yang kurang enak pada orang kampung tentang Aliah dan Talhad dan menyebabkan Aliah dipandang serong. Mak Piah menasihatkan Talhah untuk menjauhi Aliah.

Episod 7
Aliah panik apabila Pak Osman tiba tiba hilang. Pak Osman merajuk apabila terdengar kata kata Maznah dan menganggap dia beban untuk anak anaknya.

Episod 6
Anis mengamuk bila mengetahui Hisyam enggan membawa dia dan adik- beradiknya semata mata keluar dengan Sarah. Talhah tekad membantu Aliah dengan menawarkan pekerjaan pada Aliah namun Anis tak senang bila Aliah bekerja untuk Talhah.

Episod 5
Hisham mengamuk bila mengetahui Sarah menyembunyikan surat panggilan mahkamah. Hasnah rasa sebal bila melihat kemesraan Talhah dengan anak anak Aliah lalu menyerang Aliah di pasar tani.

Episod 4
Adawiyah menyuruh Aliah untuk bertegas dengan dengan Hisyam tentang penceraian mereka. Mak Piah menasihatkan Talhah untuk membukakan hati bagi menerima Ros.

Episod 3
Hasnah cuba mengasak anak anak Aliah untuk bercerita di mana ayah mereka. Tak puas hati bila tak diendahkan dan bila Talha juga menyebelahi anak anak Aliah.