Isnin, 29 April 2019

Telefilem 17 Puasa di Astro First Eksklusif arahan Mamat Khalid

Telefilem 17 Puasa di Astro First Eksklusif arahan Mamat Khalid. Telefilem ini dijangka menemui anda pada hari 17 Ramadan dan ditayangkan secara eksklusif di Astro First.

Telefilem 17 Puasa di Astro First Eksklusif

Selepas beberapa bulan dikeluarkan daripada unit rawatan rapi (ICU) akibat sakit dada dan batuk, pengarah terkemuka tanah air, Mohamad Mohamad Khalid atau lebih mesra dipanggil Mamat Khalid kembali berkarya.



Mamat menerusi muat naik video di akaun Instagram peribadinya mengumumkan telefilem terbaharunya yang bertajuk “17 Puasa”.

Telefilem tersebut merupakan sebuah telefilem komedi arahan dan tulisan Mamat Khalid yang dibarisi oleh beberapa pelakon antaranya Sabri Yunus, Aziz M. Osman, dan Nasrizal Ngasri.


Telefilem yang sarat dengan pengajaran ini mengisahkan tentang sekumpulan penduduk kampung yang suka ponteng puasa dan menyembunyikan kegiatan mereka dari pengetahuan keluarga masing-masing.

Untuk pengetahuan ramai, telefilem ini juga merupakan kesinambungan daripada filem 15 Puasa (2004) dan 16 Puasa (2017).

Sebelum ini, 16 Puasa pernah ditayangkan saluran Astro First Eksklusif pada 8 Jun 2017 dan dipertontonkan buat pertama kali di Astro Citra dan Astro Mustika HD pada 2 Jun 2018.

Seperti kebiasaan, ramai peminat yang tak sabar menanti buah tangan terbaru Mamat selepas menonton video terbabit.

Gambar Pelakon






Jangan lupa menyaksikan kisah kelakar ini dalam telefilem 17 Puasa, bermula pada 17 Ramadan nanti di Astro First yo.