Rabu, 10 April 2019

Senarai Calon Anugerah Meletop Era AME 2019

Senarai Calon Anugerah Meletop Era AME 2019. Anugerah MeleTOP ERA merupakan rancangan anugerah khusus untuk industri hiburan yang dianjurkan oleh rancangan MeleTOP & ERA FM.


Anugerah MeleTOP ERA merupakan anugerah yang dipilih oleh para peminat untuk mengiktiraf selebriti terkemuka dan bakat dalam industri hiburan tempatan.

Sebanyak 16 Kategori Anugerah dipertandingkan dan akan diputuskan oleh para peminat melalui undian:

Keputusan Anugerah Meletop AME 2019

Akan dikemas kini kemudian.


Muzik

Lagu MeleTOP ERA
  • Anta Permana (Datuk Seri Siti Nurhaliza)
  • Di Matamu (Sufian Suhaimi)
  • Haram (Dayang Nurfaizah & Hael Husaini)
  • Jatuh Bangun (Haqiem Rusli & Aman Ra)
  • Sampai Bila (Misha Omar)

Penyanyi MeleTOP
  • Datuk Seri Siti Nurhaliza
  • Haqiem Rusli
  • Khai Bahar
  • Siti Nordiana
  • Sufian Suhaimi

Grup/Duo MeleTOP
  • Akim & The Majistret
  • Caliph Buskers & Faizal Tahir
  • Floor 88
  • Hael Husaini & Dayang Nurfaizah
  • Tajul & Wany Hasrita

Radio

Penyampai Radio MeleTOP
  • DJ Lin
  • Jep
  • Johan
  • Radin
  • Sharifah Shahirah

Program Radio MeleTOP
  • Johara Pagi Era
  • Pagi di Sinar
  • PM Era
  • Super 40 Era
  • Suria Cinta

Filem

Filem MeleTOP
  • Hantu Kak Limah
  • KL Special Force
  • Langsuir
  • Munafik 2
  • Pulang

Bintang Filem MeleTOP
  • Fattah Amin
  • Remy Ishak
  • Syafiq Kyle
  • Syamsul Yusof
  • Zizan Razak

TV/Online

Drama MeleTOP
  • Cik Reen Encik Ngok Ngek
  • Dia Anak General
  • Lelaki Kiriman Tuhan
  • Mr. Grey
  • Tak Ada Cinta Sepertimu

Program MeleTOP
  • Big Stage
  • Gegar Vaganza 5
  • Maharaja Lawak Mega 2018 Episod 1
  • Sepahtu Reunion Live Puasa
  • Tazkirah Malam Jumaat

Pelakon TV MeleTOP
  • Fattah Amin
  • Fendy Bakry
  • Mira Filzah
  • Remy Ishak
  • Syafiq Kyle

Hos MeleTOP
  • Jihan Muse
  • Alif Satar
  • Sherry Alhadad
  • Siti Nordiana
  • Zizan Razak

Selebriti

Artis Baharu MeleTOP
  • Andi Bernadee
  • Eyra Hazali
  • Luqman Faiz
  • Sarah Suhairi
  • Syafiq Farhain

Artis Lawak MeleTOP
  • Bocey
  • Fikry Ibrahim
  • Jep Sepahtu
  • Jihan Muse
  • Zizan Razak

Couple MeleTOP
  • Eira Syazira & Azad Jazmin
  • Jihan Muse & Ungku Hariz
  • Mia Ahmad & Mohd Izham Tarmizi
  • Nur Fazura & Fattah Amin
  • Vivy Yusof & Fadza Anuar

Fesyen MeleTOP
  • Fazura
  • Fattah Amin
  • Remy Ishak
  • Scha Alyahya
  • Syafiq Kyle

Si Cilik MeleTOP
  • Aqeef Anaqi
  • Jebat Jayden
  • Lara Alana
  • Syeriv Samheizy
  • Yusoff Al Qardawi

Berita berkaitan

Pasangan pengacara program Neelofa dan Nabil Ahmad membuat kejutan apabila mengumumkan menarik diri daripada dicalonkan dalam Anugerah MeleTOP 2019 yang bakal berlangsung pada 21 April depan.


Ketua Strategi Kandungan Hiburan Astro, Raqim Ahmad berkata, keputusan itu dibuat secara sukarela oleh kedua-dua hos program MeleTOP itu bagi memberi ruang kepada rakan artis lain yang akan bertanding.

“AME2019 tahun ini memperlihatkan dua hos MeleTOP iaitu Neelofa dan Nabil Ahmad mengundurkan diri daripada semua kategori dipertandingkan pada tahun ini.

“Keputusan itu dibuat bagi memberi ruang kepada rakan artis lain dan ia dibuat secara sukarela oleh kedua-dua mereka,” katanya.

Raqim Ahmad (tiga dari kiri) bersama selebriti yang terlibat menjayakan AME2019.

Raqim ditemui pada sidang media pengumuman senarai Top 5 AME2019 yang diadakan pada Selasa.

AME2019 yang mempertandingkan 16 kategori bakal berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil Kuala Lumpur.

Dalam pada itu, Neelofa dalam komen ringkasnya memberitahu keputusan itu dibuat bagi mengelakkan sebarang cakap-cakap tidak enak terhadap mereka memandangkan mereka juga hos program itu.

“Selepas enam tahun bergelar hos dan dicalonkan dalam AME rasanya sudah tiba masanya kami undur diri bagi mengelakkan orang kata ia anugerah syok sendiri dan hanya tuan rumah yang menang,” katanya.


Gandingan Jihan, Nabil dan Neelofa bakal hangatkan AME2019.

Sekiranya tidak menarik diri, Nabil telah disenarai pendek untuk kategori Hos MeleTOP manakala Neelofa menerusi Fesyen MeleTOP dan Hos MeleTOP.

Dengan keputusan itu, tempat mereka secara automatik diganti oleh calon yang mendapat undian tertinggi bagi kategori tersebut.

Sementara itu, walaupun kedua-dua mereka menarik diri daripada dicalonkan, Nabil dan Neelofa tetap akan bertindak sebagai hos AME2019 bersama Jihan Muse.

Dalam perkembangan lain, senarai pencalonan AME2019 memperlihatkan Remy Ishak, Syafiq Kyle, Zizan Razak dan Fattah Amin mendominasi pencalonan akhir untuk tiga kategori individu.

Manakala Remy dan Syafiq bersaing sengit apabila dicalonkan dalam tiga kategori sama iaitu Fesyen MeleTOP, Bintang Filem MeleTOP dan Pelakon TV MeleTOP.

Dua naskhah lakonan Remy iaitu Pulang dan Lelaki Kiriman Tuhan turut tercalon menerusi kategori Filem MeleTOP dan Drama MeleTOP.

Penyanyi terkenal Datuk Seri Siti Nurhaliza membuktikan terus unggul apabila tercalon dalam dua kategori iaitu Lagu MeleTOP dan Penyanyi MeleTOP bersama bintang baharu seperti Sufian Suhaimi, Haqiem Rusli dan Khai Bahar.

Tampil dengan tema Yang Legit, Yang Legend, Anugerah Meletop Era AME2019 bakal menampilkan persembahan daripada Ayda Jebat, Misha Omar, Hael Husaini, Andi Bernadee, Exists dan ramai lagi.