Sabtu, 27 April 2019

Drama Voice Note lakonan Sharifah Sakinah dan Amelia Henderson

Terbaru di slot Samarinda TV3, drama Voice Note yang akan mula ditayangkan pada 29 April ini. Bersiaran pada hari Isnin hingga Khamis selama 4 episod sahaja. Drama terbitan Zeel Production Sdn Bhd, skrip nukilan Marr Mohammad dan arahan pengarah saudara Azmi Hatta.

Drama Voice Note TV3

Para Pelakon

Sharifah Sakinah, Amelia Henderson, Shasha Abedul, Scha Elinnea, Rita Rudaini, Zamarul Hisham, Fendy Bakry, Ikmal Amry, Ariff Bahran, Ali Reza, Nafiez Zaidi, Hanna Derose.

Baca juga: Drama Cari Aku Di Syurga lakonan Aeril Zafrel dan Janna Nick


Episod 1 Episod 2 Episod 3 Episod 4

Sinopsis Drama Voice Note

Sara merasa sangat teruja pada hari pertama dia mendaftarkan diri sebagai pensyarah di Kolej Srivilla. Namun, sebaik kakinya melangkah masuk ke dalam kolej itu, bulu romanya merinding. Dia merasakan sesuatu yang ganjil di dalam kolej itu. Dia mula tidak sedap hati.

Pada malamnya, Sara tiba-tiba menerima voice note daripada pengirim misteri. Voice note tersebut berbunyi, “Hi, Madam Sara! Saya Mira. Selamat datang ke Kolej Srivilla. Semoga Madam dapat melindungi diri Madam daripada kejahatan mereka.” Sara terkedu dan kata-kata tersebut membuatkan Sara tidak dapat tidur malam dengan lena.

Keesokannya, Sara cuba mencari siapakah Mira dengan menelefon dan whatsapp nombor Mira tetapi tidak berjaya. Sehinggalah Sara menerima voice note terbaru daripada Mira yang mula bercerita mengenai kisahnya bersama dua orang lagi rakan kolejnya iaitu Ika dan Tasya dan mahu Sara merungkai misteri kematian kedua-dua kawan baiknya itu. Sara akhirnya mendengar kerana ingin tahu ada apa di sebalik kolej itu.

Sara mula menjadi sangat takut. Dia bimbang jika tidak mendengar lagi pesanan suara Mira, ada nyawa lain yang terancam. Mira meneruskan cerita tentang sahabat baiknya, Tasya. Sara makin lama makin tertekan dan akhirnya nekad mengumpulkan pelajar hostel dan membuat pemeriksaan. Sara menerima kiriman pesanan daripada Mira yang memberitahu Sara boleh menemuinya.

Gambar Pelakon

Drama Voice Note TV3

Jangan lupa saksikan jalan cerita drama Voice Note yang penuh misteri ini di TV3.