Selasa, 16 April 2019

Drama Kereta Sewa lakonan Hairi Safwan dan Amyza Aznan

Terbaru di Slot Iris TV3, drama bertajuk Kereta Sewa. Drama terbitan Primeworks Studios ini diarahkan oleh Nazir Jamaluddin dan skrip hasil nukilan MF Kencana.

Drama Kereta Sewa

Para Pelakon

Hairi Safwan, Amyza Aznan, Along Eyzendy, Fadzil Hamdan, Chacha Maembong, Bell Ngasri, Wan Sharmila, Hafiz Nolan, Razak Ahmad, Jaja Ilyes, Reen Rahim, Azar Azsmi, Kazar Saisi, Dalimawati, Nina Iskandar, Keith Foo, Izzue Islam, Shikin Kamal, Taufik Hanafi, Oktovia Menrose, Syawan Zulkifli, Marissa Yasmin, Arash Mohd, Jasmin Hamid, Fezrul Khan, Shashaa Raman.

Lagu Tema / OST

Memori Cerita - Toy Nizam


Episod 1 Episod 2 Episod 3 Episod 4 Episod 5
Episod 6 Episod 7 Episod 8 Episod 9 Episod 10
Episod 11 Episod 12 Episod 13 Episod 14 Episod 15

Sinopsis Drama Kereta Sewa

Mengisahkan mengenai Ramli yang mempunyai perniagaan kereta sewa. Dia sangat menyayangi kereta yang dimilikinya itu kerana itu lah satu-satunya punca pendapatan Ramli. Ramliperlu berdepan dengan pelbagai ragam pelanggan.

Antara ragam penyewa kereta Ramli adalah seorang gadis cantik yang mahu menyewa kereta Ramli tetapi dia tiada lesen memandu. Ramli terpaksa menjadi pemandu gadis berkenaan dalam membantu gadis itu mengintip bakal tunangnya yang disyaki curang.

Tidak cukup dengan itu, Ramli juga dikejutkan oleh rakan sekampungnya, Bell yang datang ke rumah untuk meminjam kereta bagi membawa isterinya, Shery yang hendak bersalin.

Perjalanan menjadi kelam kabut apabila mereka tersangkut dalam kesesakan jalanraya akibat kemalangan. Mereka terpaksa menggunakan jalan alternatif yang jauh. Ramli akhirnya terpaksa menjadi bidan terjun bersama-sama Bell untuk menyambut kelahiran bayi itu.

Pelbagai lagi ragam pelanggan Ramli antaranya, pasangan yang ingin kahwin lari dengan meminjam kereta Ramli, rombongan kumpulan marhaban menggunakan kereta Ramli, bayi dijumpai dalam kereta Ramli dan kisah gadis misteri yang menghubungi Ramli untuk menyewa keretanya di tengah malam!.

Bukan mudah rupanya menguruskan kereta sewa, macam-macam karenah pelanggan yang Ramli jumpa sejak memulakan perniagaan kereta sewanya itu. Ada juga pelanggan Ramli yang terisi minyak diesel hingga menyebabkan keretanya rosak dan menyebabkan dia lebih berwaspada untuk bagi sewa keretanya.

Gambar Pelakon

Drama Kereta Sewa

Drama Kereta Sewa

Adakah Ramli dapat menyelesaikan masalah yang dibuat oleh setiap pelanggannya? Ikuti kesudahan drama Kereta Sewa pada setiap hari Isnin hingga Khamis jam 6:30 petang di TV3.