Isnin, 29 April 2019

Drama Iktibar TV3 lakonan Nabila Huda dan Azhan Rani

Saksikan drama Iktibar, istimewa sepanjang bulan Ramadan ini yang akan mula bersiaran pada 4 Mei hingga 27 Julai, setiap hari Sabtu, 9 malam di TV3. Drama bersiri ini akan memaparkan inspirasi kisah daripada para banduan dan pekerja dalam penjara.

Setiap episod akan memaparkan kisah-kisah yang berbeza dari kacamata warden penjara, doktor, ustazah, pegawai psikologi, Guru Jahit, guru bakeri dan lain-lain.

Drama Iktibar TV3

Para Pelakon

Nabila Huda, Nasha Aziz, Nazim Othman, Hisyam Hamid, Syazuwan Hassan, Fouziah Gous, Azrel Ismail, Nadia Brian, Nina Iskandar, Anis Al-Idrus, Firdaus Ghufran, Oktovia Manrose, Amar Ashraf, Wan Sharmila, Fahrin Ahmad, Izzy Reef, Taufiq Hanafi, Adam Shah, Reza Hasbi, Sherie Merlis, Raffael Lee, Azlan Mokhtar, Qistina Raisah, Adiba Yunus, Afzan A.Rahman, Bell Ngasri, Amir Nafis, Naim Shamshol, Ain Edruce, Nafiz Muaz, Didie Alias, Aida Khalida, Harris Annuar, Elisya Sandha, Bella Dowanna, Zee Zainal, Nik Adam Mika, Azhan Rani, Jaja Iliyes.


Lagu Tema

Maafkanlah - Syamel


Senarai Episod

Episod 1 - Buli Jadikan Aku Pembunuh | Video
Azrul (43 tahun), bekerja sebagai cikgu di sekolah integriti dalam penjara untuk calon pelajar yang bakal menduduki peperiksaan SPM. Di Sekolah Integriti, para pelajar akan mempelajari enam subjek teras yang wajib diambil dalam peperiksaan. Azrul mengajar subjek Bahasa Inggeris.

Di dalam kelas tersebut, Azrul tertarik dengan seorang banduan bernama ROY (18 tahun) yang sering dilihat berseorangan dan muram. Hasil daripada temubual Azrul dengan Warden, tahulah Azrul bahawa Roy merupakan tahanan di bawah umur yang telah disabitkan atas kesalahan membunuh seorang rakan sekelasnya.

Roy makin rasa bersalah kerana ibu bapanya meninggal dunia selepas kejadian itu dan dia telah menyebabkan dua orang adiknya hilang tempat berkasih sayang.

Episod 2 - Korban Cinta | Video
Fatimah (40) merupakan Warden penjara wanita. Setiap hari Fatimah akan berhadapan dengan ramai banduan yang mempunyai cerita tersendiri. Namun kisah salah seorang banduan, Hasniza (27), yang ceria dan suka menanam bunga menarik perhatiannya. Setelah berbual, barulah Fatimah tahu kes Hasniza iaitu melakukan kecurian semata-mata ingin membayar hutang kekasihya. Lebih-lebih lagi Hasniza datangnya dari keluarga yang baik-baik kerana dirasakan ada persamaan dengan hidup adiknya, Aisyah(25), yang tinggal tidak jauh dari rumahnya.

Fatimah sering kali menasihati Aisyah supaya berhati-hati dengan suaminya, Zahid (28), kerana Zahid bukanlah seorang suami yang baik sebab sering abaikan nafkah mereka walaupun mereka baru setahun berkahwin.

Namun Aisyah tidak mengendahkannya dan tegaskan dia tahu jaga diri dan faham benar dengan sikap suaminya.Fatimah semakin rungsing apabila sudah dua kali terserempak dengan Zahid yang diugut samseng.

Episod 3 - Derita Disebalik Nafsu | Video
Azrul bekerja sebagai cikgu di sekolah integriti dalam penjara untuk calon pelajar yang bakal menduduki peperiksaan SPM. Di dalam kelas tersebut, Azrul tertarik dengan seorang banduan bernama Roy yang sering dilihat berseorangan dan muram.

Hasil daripada temubual Azrul dengan Warden, tahulah Azrul bahawa Roy merupakan tahanan di bawah umur yang telah disabitkan atas kesalahan membunuh seorang rakan sekelasnya. Roy makin rasa bersalah kerana ibu bapanya meninggal dunia selepas kejadian itu dan dia telah menyebabkan dua orang adiknya hilang tempat berkasih sayang.

Sinopsis Drama Iktibar

Penjara merupakan sebuah tempat yang semua orang ingin elakkan. Namun kepada mereka yang pernah menjadi penghuni di situ, tempat itu banyak memberi pengalaman dan melahirkan keinsafan.

Kisah-kisah ini diambil berdasarkan kes-kes seperti membuli sehingga mati, mencuri kerana hutang, samun bersenjata, bunuh tanpa niat, langgar sehingga mati, tetak bapa dan lain-lain.

Matlamat cerita ini untuk menyingkap jenayah yang dilakukan banduan dan memberi keinsafan agar tidak melakukan jenayah. Walaupun masing-masing mempunyai kerjaya yang hebat, tetapi ada ujian disebaliknya yang masyarakat di luar sana perlu ambilnya sebagai iktibar.

Gambar Pelakon

Drama Iktibar TV3
Uiiyo first time tengok Kak Kupu² jadi Polis

Drama Iktibar TV3

Jangan lupa saksikan drama Iktibar TV3 pada 4 Mei -27 Julai, Sabtu jam 9.00 malam.