Rabu, 24 April 2019

Drama Diari Ramadan Rafique Reunion lakonan Mirsad Kulasic dan Mysarra Syahfiedzrien (TV3)

Ingat lagi tak drama sekitar tahun 2006 bertajuk Diari Ramadan Rafique dulu? Tahun ini mereka kembali dengan siri baru bertajuk Diari Ramadan Rafique Reunion pada bulan Ramadan bermula 12 Mei ini.

Diari Ramadan Rafique Reunion
Pelakon Diari Ramadan Rafique Reunion 2019

Pelakon Diari Ramadan Rafique 2006
Pelakon Diari Ramadan Rafique 2006

Para Pelakon

Mirsad Kulasic, Normah Damanhuri, Mysarra Syahfiedzrien, Kamarul Eqif, Ali Murtadha, Iris Alessandra, Nur Damia Danisha, Sherry Ibrahim, Roy Azman, Rozita Che Wan, Zed Zaidi, Zarynn Min, Puteri Khareeza, Elly Mazlein, Norish Karman, Norzamzam Kamarul Ridzuan, Mohd Thaqif, Mohd Al Haiqal, Mohd Syahril Senggari.


Episod 1 Episod 2 Episod 3 Episod 4 Episod 5

Sinopsis Drama Diari Ramadan Rafique Reunion

Rafique masih bujang dan menetap dengan nenek di kampung. Rafique membuka bengkel membaiki kereta di kampungnya secara kecil-kecilan. Maisara yang kini telah berusia 19 tahun, sedang melanjutkan pelajaran di sebuah Universiti tempatan.

Nenek yang kesunyian dengan terletah kanak-kanak kecil mengambil upah menjaga 4 orang anak-anak kejiranan yang mana kedua ibu dan bapa mereka bekerja.

Daripada 4 orang kanak-kanak yang dijaga oleh nenek, salah seorang dari mereka yang bernama Sadique mempunyai tabiat atau berperangai “copy paste” sama seperti perangai Rafique sewaktu kecil dahulu, iaitu nakal dalam diam dan sering menjadi mangsa keadaan.

Ramadan kini tiba lagi, Rafique melihat sikap Sadique sama sepertinya sewaktu kecil. Rafique yang cuba menjadikan “DIARI SEWAKTU DIA MASIH KECIL” sebagai sumber rujukan, tetapi dia silap, zaman telah berubah, kenakalan kanak-kanak zaman kini tidak lagi seperti zamannya dahulu.

Gambar Pelakon

Drama Diari Ramadan Rafique Reunion

Drama Diari Ramadan Rafique Reunion

Jangan lupa saksikan drama menarik Diari Ramadan Rafique Reunion ini pada setiap hari Ahad jam 9 malam di TV3.