Khamis, 18 April 2019

Drama Ajak Oh Ijal lakonan Syazwan Zulkifly, Chef Fikree dan Intan Najuwa

Drama Ajak Oh Ijal akan mula bersiaran pada 6 Mei nanti di slot Iris TV3. Setiap hari Isnin hingga Rabu jam 6:30 petang. Terbitan syarikat produksi OrangeTree Production Sdn Bhd dan diarahkan oleh Shuhaimi Lua.


Para Pelakon

Syazwan Zulkifly, Chef Fikree Aznan, Intan Najuwa, Qaralyna, Liza Abdullah, Imuda, A.Galak, Rahhim Omar, Aishah Atan, Anis Hannani.


Episod 1 Episod 2 Episod 3 Episod 4 Episod 5
Episod 6 Episod 7 Episod 8 Episod 9 Episod 10
Episod 11 Episod 12 Episod 13 Episod 14 Episod 15
Episod 16 Episod 17 Episod 18

Sinopsis Drama Ajak Oh Ijal

Razak dan Rizal merupakan adik beradik yang menjalankan kegiatan haram di Kuala Lumpur. Setiap kali menjelang Ramadan mereka berdua akan pulang ke kampung dan membantu ibunya menjual ayam bakar di bazar Ramadan.

Mereka yang sentiasa bertelagah berjanji untuk berbaik sepanjang Ramadan namun janji itu tidak dapat ditepati apabila mereka jatuh cinta kepada orang yang sama. Pelbagai cara dilakukan mereka untuk merebut hati Amani.

Pak Hassan akan membenarkan salah seorang daripada mereka untuk keluar dengan Amani, tetapi dengan pelbagai syarat. Kedua mereka berusaha untuk memenuhi syarat yang ditetapkan dengan melakukan terawih, bergotong–royong dan melakukan pelbagai kebaikan demi memenangi hati Pak Hassan dan Amani.

Gambar Pelakon

Drama Ajak Oh Ijal tv3

Drama Ajak Oh Ijal tv3

Drama Ajak Oh Ijal tv3

Saksikan nanti drama Ajak Oh Ijal ini di slot Iris TV3.