Isnin, 11 Mac 2019

(Video) 50 Aduan Pokok Tumbang Akibat Ribut dan Hujan Kuat Di Shah Alam

Hujan lebat dan ribut melanda daerah Shah Alam petang semalam mengakibatkan berlaku kejadian pokok tumbang di beberapa lokasi termasuk Seksyen 8, Jalan Lily Shah Alam dan Dewan Angsana.


Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Nor Izham Mohd. Nidin, berkata, Pusat Gerakan Operasi negeri terima panggilan kecemasan pada jam 5.27 petang tadi.

Menurutnya sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam dan Kota Anggerik serta Pasukan Gerak Pantas Bandaraya Shah Alam digerakkan ke lokasi kejadian.

“Seramai 20 anggota terlibat. Setibanya jentera di lokasi mendapati beberapa pokok tumbang dan menghalang jalan raya serta terdapat sebuah kereta jenis Honda ditimpa pokok tumbang, namun tidak melibat mangsa.


“Bomba bertindak membuka laluan jalan dengan memotong dan mengalihkan pokok- pokok tersebut,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sumber lain.

Hujan lebat berserta ribut petir mengakibatkan insiden pokok tumbang di beberapa lokasi di Shah Alam petang tadi.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor berkata antara kawasan terjejas adalah Dewan Angsana yang diuruskan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di Jalan Liku 8/1, Seksyen 8 dan berhampiran Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam dan Kondominum Sri Mahligai di Seksyen 9 dan Seksyen 11.

Katanya, jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Shah Alam, Subang, Kota Anggerik bersama Pasukan Gerak Pantas Bandaraya Shah Alam membantu memotong dan mengalihkan dahan-dahan pokok yang menghalang laluan.

“Kami menerima panggilan kecemasan melalui talian pusat gerakan operasi negeri Selangor pada jam 5.27 petang sebelum menghantar jentera ke lokasi-lokasi terjejas,” katanya dalam kenyataan menerusi WhatsApp.

Kenyataan itu menyebut usaha mengalihkan pokok tumbang itu sedang dijalankan dengan kekuatan anggota seramai 20 orang.

Ia juga berkata, sebuah kereta Honda ditimpa pokok tumbang dalam kejadian di Seksyen 11, Shah Alam.

“Semua kejadian bagaimanapun tidak membabitkan sebarang jiwa,” katanya.

Sementara itu, beberapa jalan dan lokasi lain termasuk Lebuhraya Lembah Klang Baru (NKVE) dari Setia Alam menghala ke Shah Alam serta di sekitar Taman Botani Negara turut mengalami kejadian pokok tumbang.

Kebanyakan netizen yang tinggal di bandar raya Shah Alam berkongsi gambar dan video ribut berkenaan di laman sosial Facebook.

Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menerima 50 aduan berhubung insiden pokok tumbang di beberapa lokasi di bandar raya itu setakat jam 7.15 malam, kata Menteri Besar, Amirudin Shari.

Beliau berkata, Unit Bencana Selangor sedang memantau keadaan semasa dan bersedia menyalurkan bantuan kecemasan.
“Bilik Gerakan Pantas MBSA sentiasa memantau keadaan semasa,” katanya dalam catatan menerusi Facebook.

Beliau turut menasihatkan orang awam untuk mengehadkan aktiviti luar dengan mendahulukan keselamatan diri.

Amirudin juga meminta orang ramai menghubungi MBSA di talian 1800-88-4477 sekiranya ada insiden pokok tumbang di kawasan mereka.

Beberapa lokasi dilaporkan terjejas dengan insiden pokok tumbang dalam kejadian ribut petir yang berlaku pukul 5.27 petang antaranya Dewan Angsana yang diuruskan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di Jalan Liku 8/1, Seksyen 8 dan berhampiran Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam dan Kondominum Sri Mahligai di Seksyen 9 dan Seksyen 11. – Bernama


EmoticonEmoticon