Isnin, 11 Mac 2019

Semakan Keputusan SPM 2018 secara Online dan SMS

Semakan Keputusan SPM 2018 secara Online dan SMS. Seramai 421,706 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2018 akan mendapat keputusan peperiksaan mereka pada 14 Mac ini.

Semakan Keputusan SPM 2018 secara Online dan SMS

Kementerian Pendidikan (KPM) dalam kenyataan hari ini berkata, daripada jumlah itu seramai 362,754 merupakan calon sekolah kerajaan, bantuan kerajaan dan sekolah agama bantuan kerajaan; sekolah di bawah agensi kerajaan (9,427); sekolah menengah agama negeri (8,160); sekolah menengah agama rakyat (2,059); sekolah swasta (14,001); dan calon persendirian (25,305).

Perkhidmatan ini akan diaktifkan bermula 10 pagi pada 14 Mac dan akan ditamatkan pada 6 petang 20 Mac.

Sila Klik - Sistem Aplikasi SPPAT / Semakan Keputusan Peperiksaan SPM 2018

Sila Klik - Aplikasi mobile e-Lembaga Peperiksaan Malaysia (LP)

Menurut KPM, calon boleh mendapatkan keputusan peperiksaan di sekolah masing-masing selepas 10 pagi, manakala calon persendirian akan dimaklumkan melalui pos atau mereka boleh menghubungi jabatan pendidikan negeri.

KPM berkata, calon juga boleh menggunakan perkhidmatan semakan keputusan SPM 2018 melalui mySMS 15888.

semakan cara sms keputusan spm 2018

Keputusan juga boleh disemak melalui laman sesawang Lembaga Peperiksaan di sppat.moe.gov.my/semakan.

Bagi calon SPM 2018 yang ingin mengambil SPM Ulangan 2019 atau peperiksaan sebagai calon persendirian pada tahun ini, KPM berkata pendaftaran dibuka bermula pada 14 Mac hingga 31 Mac ini.


Katanya, pendaftaran boleh dibuat secara dalam talian dengan melayari laman sesawang Lembaga Peperiksaan, manakala urusan pengesahan pendaftaran dan pembayaran dibuat melalui Jabatan Pendidikan negeri tempat mereka ingin menduduki peperiksaan. - Bernama


EmoticonEmoticon