Sabtu, 16 Mac 2019

Pelakon Wafa meninggal dunia akibat kanser ovari

Pelakon popular era 90-an, Wafa Abdul Kadir yang merupakan pelakon filem Azizah The Legend menghidap kanser ovari dan peritoneal setelah beberapa tahun menderita penyakit tersebut.

Pelakon Wafa meninggal dunia

Wafa meninggal dunia di kediamannya di Tropicana, Petaling Jaya lebih kurang pukul 1.10 pagi tadi.

Allahyarhamah Wafa, 52, dilapor menghembus nafas terakhir di samping suami, Tajul Faizal Tamimuddin, 52, dan beberapa anak.

Jenazah akan disembahyangkan di Masjid At Taqwa, Taman Tun Dr. Ismail pada pukul 10 pagi dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Kiara sebelum Zohor.


EmoticonEmoticon