Jumaat, 15 Mac 2019

Drama Cinta Non Grata lakonan Amelia Henderson dan Raja Afiq

Saksikan drama bersiri terbaru di slot Lestary TV3 berjudul Cinta Non Grata yang mula bersiaran pada 21 Mac ini. Drama terbitan Orangetree Production Sdn Bhd dan diarahkan oleh Feroz Kader. Skrip nukilan Amar Amir dan idea asal Raja Azidah Raja Jaafar.

Drama Cinta Non Grata

Para Pelakon

Amelia Henderson, Raja Afiq, Mona Allen, Adeline Tsen, Edika Yusof, Maria Farida, Jay Iswazir, Radhi khalid, Faez Nick, Susan Manen, Esma Dainal, Wilma Muhammad, Nur Ezzanie, Hadi Nawawi, Feiyna Tajudin, Idzham Ismail, Zaefrul Nordin, Ramli Saleh, Jasper Supayah, Qara Lyana, Hafiz Bahari.





Youtube | Backup / Dload

Lagu Tema

Diam Saja - Forteen

Sinopsis Cinta Non Grata

Kisah Darlina seorang Instafamous yang sanggup melakukan apa sahaja demi wang termasuklah berkahwin dengan Datuk Marzuki yang sudah mempunyai isteri.

Darlina kemudiannya berjumpa dengan Hakim yang ditugaskan oleh Datuk Marzuki untuk menjadi jurugambar peribadinya. Dia lalu jatuh cinta pada Hakim.

Namun, apa yang Darlina tidak ketahui adalah Hakim sememangnya berdendam dengan Darlina kerana telah mengecewakan adiknya, Haikal sehinggakan adiknya itu telah mati overdose akibat dadah.

Gambar Pelakon

pelakon Drama Cinta Non Grata

Jangan lupa ketinggilan menonton 20 episod drama Cinta Non Grata pada setiap hari Rabu hingga Jumaat jam 9 malam di TV3.