Rabu, 20 Mac 2019

Cerekarama Penunggu Simpang lakonan Aiman Tino dan Kazar Saisi

Pada Sabtu ini saksikan telefilem sempena DFKL 2019 bertajuk Penunggu Simpang. Bersiaran di slot Cerekarama TV3, 23 Mac jam 9:30 malam. Pengarah bagi telefilem ini adalah saudara Along Kamaludin, idea asalnya oleh Eddy Imran Mohamed Zokry dan hasil terbitan syarikat A.Aida Production Sdn Bdh.

Cerekarama Penunggu Simpang lakonan Aiman Tino

Para Pelakon

Aiman Tino, Kazar Saisi, Zaidi Omar, Zee Zainal, Faiz Tapaw, Khaty Azian, Nafiez Zaidi, Ropie, Jaja Iliyes.



Video Trailer


Sinopsis Penunggu Simpang

Tahun 1990, simpang jalan disebuah kampung bernama Kampung Simpang-Simpang dikatakan berhantu. Munculnya penunggu yang digelar Penunggu Simpang yang dikatakan menyerupai seorang wanita cantik.