Rabu, 20 Februari 2019

Pagar Istana Anak Bukit Dibaling Cat Hitam

Pagar Istana Anak Bukit, Alor Setar, Kedah dibaling cat hitam. Polis sedang melakukan siasatan terperinci, termasuk untuk mengenal pasti suspek dalam kejadian pagar Istana Anak Bukit dibaling cat hitam, di sini, hari ini.

Pagar Istana Anak Bukit Dibaling Cat Hitam

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Senior Asisten Komisioner Mior Faridalthrash Wahid, berkata siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berlaku pada awal pagi.

“Kita percaya ia berlaku pada jam 1.26 pagi sebelum satu laporan dibuat pada jam 5.35 petang tadi.

“Buat masa ini, siasatan dibuat dengan meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di kawasan istana dan sekitarnya untuk mengenal pasti pihak bertanggungjawab melakukan jenayah itu,” katanya ketika dihubungi BH, hari ini.

Mior Faridalthrash berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana kesalahan khianat. - BHarian


EmoticonEmoticon