Isnin, 25 Februari 2019

Misteri Dilaila mirip Filem Korea, Forgotten (2017)

Filem Korea, Forgotten (2017) yang mempunyai atmosfera gabungan misteri, thriller dan seram ini mengisahkan tentang dua orang adik-beradik bernama Jin-seok (Kang Ha-neul) dan Yoo-seok (Kim Mu-yeol) yang baru saja berpindah ke rumah baru mereka bersama ibu-bapa mereka. Jin-seok, sangat mengagumi abangnya yang kelihatan sangat sempurna pada pandangannya.


Netflix menayangkan filem ini menerusi platformnya pada 21 Februari lepas.

Jin-seok menganggap abangnya itu sebagai contoh terbaik dalam hidupnya. Pada malam hari pertama perpindahan mereka, Yoo-seok diculik di hadapan mata Jin-seok. Sepanjang abangnya hilang, Jin-seok juga mengalami halusinasi pelik berterusan menghantui dirinya.

Setelah 19 hari berlalu semenjak Yoo-seok diculik, dia kembali semula ke rumah. Namun, dia kelihatan berbeza di mata Jin-seok, seperti orang asing. Yoo-seok berkelakuan seperti orang yang hilang ingatan dan kerap melakukan perkara-perkara pelik.

Walaupun keluarganya cuba untuk meneruskan kehidupan seperti sediakala, Jin-seok yakin bahawa ada sesuatu yang tidak kena tentang abangnya, dan kemudian terdapat juga sesuatu yang pelik yang menambahkan lagi perasaan ingin tahu dan keanehan yang berlaku di sekeliling Jin-seok iaitu terdapat bilik misteri yang dilarang oleh ayahnya untuk masuk.

Kebanyakan filem yang bertemakan sebegini yang terdapat isu keluarga di dalamnya selalunya menampilkan sebuah keluarga yang tampak sempurna dari luaran tapi menyembunyikan sesuatu yang tidak dijangka, plot sebegini ditampilkan dalam filem ini. Walaupun begitu, melalui kombinasi unsur-unsur yang sudah biasa kita agak, filem ini digarap dengan seenaknya, dengan pembangunan alur cerita yang dipenuhi teka-teki yang menciptakan suasana tegang yang seronok untuk disaksikan yang membuatkan penonton juga tertanya-tanya.

Kang Ha-neul sejak dua menjak ni dah banyak berlakon filem, rasanya untuk tahun 2017 je ada 3 buah filem dia yang ditayangkan. Dia ada potensi menjadi pelakon yang berkaliber dan versatile yang boleh berinteraksi dengan penonton seperti penonton pun turut melakonkan wataknya, macam dalam filem ni bila aku tengok dia kusut aku pun kusut sekali, kakakaka. - Kakimuvee


EmoticonEmoticon