Khamis, 21 Februari 2019

Enjin Kereta Api Terbakar Di Kluang

Enjin Kereta Api Terbakar Di Kluang. Kereta api yang dalam perjalanan dari Tampin ke JB Sentral mengalami kebakaran pada bahagian enjin di Stesen Kereta Api Renggam, dekat Kluang, semalam.

Enjin Kereta Api Terbakar Di Kluang

Dalam kejadian 8.45 malam itu, penumpang, pemandu dan kru kereta api berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Seramai 50 orang penumpang yang berada di dalam empat gerabak juga tidak mengalami sebarang kecederaan.

Perjalanan semua penumpang diteruskan apabila bahagian enjin selesai dibuat penukaran.

Jurucakap bomba dan penyelamat berkata, sebuah jentera bersama empat anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Simpang Renggam dihantar ke lokasi sebaik menerima panggilan kecemasan.

“Kebakaran berjaya dikawal daripada merebak dan operasi memadam kebakaran tamat pada 9.10 malam dan ia hanya membabitkan bahagian enjin sahaja.

“Punca dan anggaran kerugian masih dalam siasatan,” katanya.


EmoticonEmoticon