Rabu, 8 Mei 2019

Drama Aku Yang Kau Tinggalkan lakonan Siti Elizad dan Ungku Ismail Aziz

Drama Aku Yang Kau Tinggalkan adalah adaptasi novel karya Alina Haizar. Bakal ditayangkan di RTM pada bulan Ramadan nanti. Bersiaran selama 30 episod, drama ini diarahkan oleh Azridop dan merupakan terbitan Global Stations Sdn Bhd.

Drama Aku Yang Kau Tinggalkan

Para Pelakon

Ungku Ismail Aziz, Elizad Sharifuddin, Natasya Mahyan, Adam Shadan, Aedy Ashraf, Husna Mustaffa, Roy Azman, Laila Nasir, Safwan Nazri, Syaffiq Sahli, Dian P Ramlee, Datin Fadilah Mansor, Ku Zara Eryna, Leeza Zain, Sharifah Husna.

Episod 15 | Backup Dload


Episod 1 Episod 2 Episod 3 Episod 4 Episod 5
Episod 6 Episod 7 Episod 8 Episod 9 Episod 10
Episod 11 Episod 12 Episod 13 Episod 14 Episod 15
Episod 16 Episod 17 Episod 18 Episod 19 Episod 20
Episod 21 Episod 22 Episod 23 Episod 24 Episod 25
Episod 26 Episod 27 Episod 28 Episod 29Episod 30

Sinopsis Aku Yang Kau Tinggalkan

Ikatan perkahwinan antara Nia dan Zaril Ikhwan bukanlah atas dasar cinta. Nia memerlukan wang untuk membantu keluarganya, Zaril Ikhwan pula memerlukan seseorang untuk menjaga dirinya yang sakit.

Dalam tempoh menjaga Zaril Ikhwan, Nia mula jatuh cinta dengan suaminya sendiri. Diam-diam dia mengharapkan agar perkahwinannya ini kekal seumur hidup. Namun, akibat salah faham, Nia telah disingkirkan sebaik saja Zaril Ikhwan pulih sepenuhnya. Nia meninggalkan Zaril Ikhwan dan membawa hati yang lara ke Turin untuk meneruskan hidupnya sendirian di bumi asing bertahun-tahun lamanya.

Takdir menentukan mereka bertemu semula di Turin, Italy lalu mencetuskan perasaan benci, marah dan dendam yang terbuku di dalam hati masing-masing. Walaupun masih ada dendam dan rahsia yang dipendam, demi untuk meneruskan hidup ini, perpisahan secara rasmi adalah jalan yang terbaik buat mereka berdua. Tidak perlu lagi menyalahkan takdir walaupun Nia dan Zaril Ikhwan merasakan diri masing-masing yang sebenarnya telah ditinggalkan. Apakah rahsia yang dipendamkan itu ?

Gambar Pelakon