Saturday, 9 February 2019

Cerekarama Titi Kayu lakonan Michael Ang dan Syed Ali Murtadha

Sempena Tahun Baru Cina cerekarama TV3 membawakan telefilem bertajuk Titi Kayu lakonan Michael Ang dan adik Syed Ali Murtadha. Bersiaran pada Sabtu, 9 Februari 2019 jam 9:30 malam. Merupakan terbitan produksi Eleven Field Sdn Bhd dan arahan pengarah Raja Mukhriz.

cerekarama titi kayu tv3

Para Pelakon

Michael Ang, Syed Ali Murtadha, Rahim Omar, Riz Amin, Margaret Gan, Jaja Iliyes, Iqram Dinzly.


Sinopsis Titi Kayu

Kisah Cheong Ah Ling atau Alim, adalah seorang pemuda lurus bendul yang bersahabat baik dengan seorang kanak-kanak, Umar. Rumah Alim dan Umar berhampiran namun dipisahkan oleh sebatang sungai.

Oleh itu, Alim terpaksa berkayuh basikal menggunakan jalan raya yang agak jauh setiap hari untuk menemui Umar. Alim dan Umar memikirkan alternatif untuk membina sebuah titi kayu untuk menyeberangi sungai yang memisahkan rumah mereka.

Gambar Pelakon

pelakon titi kayu


EmoticonEmoticon