Tuesday, 15 January 2019

Apa Perisian Yang Perlu Ada Di Windows 10

Ini antara senarai perisian yang mesti dimiliki oleh pengguna baru bagi perisian Windows 10. Jikan anda ingin memuat turun perisian berkut boleh lah melayari website https://filehippo.com.

  1. Pelayar Web (Chrome + Firefox + Edge)
    Pertama sekali semestinya memasang pelayar web pilihan anda. Selain pelayar Edge yang telah dipasang pada Windows 10, pelayar Chrome dan Firefox antara pilihan utama pengguna yang mempunyai lebih banyakaddon/extension.
  2. CCleaner
    CCleaner sangat berguna untuk mengekalkan prestasi komputer anda di tahap terbaik. Perisian ini berupaya untuk membuang fail yang tidak berguna yang terkumpul didalam komputer sekaligus menjimatkan penggunaan memori. Antara fungsinya membuang cookies, butiran pelayaran web, membaiki masalah registry dan beberapa fungsi tambahan seperti unisntall program, disk analyzer dan lain-lain.
  3. Malwarebytes Anti-Malware
    Perisian ini akan memastikan komputer anda selamat dan terjamin daripada ancaman yang berupaya merosakkan sistem komputer. Malwarebytes banyak mengesan ancaman yang terlepas daripada dikesan oleh antivirus.
  4. Internet Download Manager
    IDM secara ringkasnya akan meningkatkan kelajuan muat turun fail. Ianya menyokong kesemua pelayar web utama seperti Firefox, Chrome dan Edge. Selain itu anda juga boleh hadkan kelajuan muat turun supaya tidak menganggu penggunaan internet semasa muat turun dijalankan.
  5. VLC Player
    VLC merupakan media player yang menyokong pelbagai jenis fail video. Selain membuka fail video dalam komputer ianya turut boleh digunakan untuk menonton strim online, podcast dan lain-lain.
  6. Paint.net / GIMP
    Perisian mengedit gambar yang mempunyai fungsi seakan photoshop dan ianya ditawarkan secara percuma, ringkas dan mudah untuk digunakan.
  7. Notepad++
    Berbanding notepad terdapat dalam Window 10, perisian ini lebih banyak fungsi dan terdapat fungsi tab untuk membuka fail bersebelahan. Ianya sangat berguna untuk edit kod mahupun membuat nota ringkas.
  8. Steam
    Tempat untuk membeli dan bermain games. Mempunyai berjuta pengguna dan pastinya lebih seronok bermain bersama rakan-rakan secara online. Pelbagai jenis permainan disediakan dan ada juga permainan ditawarkan secara percuma.


EmoticonEmoticon