Monday, 14 January 2019

Filem Upin & Ipin Keris Siamang Tunggal tayang 21 Mac 2019

Akan datang filem animasi bertajuk Upin & Ipin Keris Siamang Tunggal akan ditayangkan bermula  21 Mac di pawagam. Menariknya filem kali ini membawakan watak-watak dogeng seperti Raja Bersiong, Bawang Merah Bawang Merah, Pak Belalng dan Mat Jenin.

Filem Upin & Ipin Keris Siamang Tunggal

Kos bagi filem ini menelan belanja sebanyak RM 20 juta dan merupakan hasil tangan karyawan tempatan sepenuhnya. Terbitan Les' Copaque Production Sdn Bhd, pengarah bersama Ahmad Razuri Roseli, Adam Amiruddin, Syed Nurfaiz Khalid. Idea asal Hajah Ainon Binti Ariff, Nur Naquyah Burhanuddin, Aliya Nazlan.

Video Trailer


Sinopsis Filem Upin & Ipin Keris Siamang Tunggal

Mengisahkan bagaimana Upin dan Ipin bersama rakan-rakannya terperangkap dalam keris mistik yang dijumpai dalam bilik stor Tok Dalang dan terus membawa mereka ke sebuah kerajaan Inderaloka.

Semasa mencari jalan kembali ke Kampung Durian Runtuh, mereka membantu memulihkan kerajaan itu kembali ke bekas kemuliaannya. Pengembaraan itu membawa mereka bertemu pelbagai watak dongeng popular tempatan antaranya Mat Jenin, Si Tanggang, Bawang Putih Bawang Merah dan Pak Belalang.

Jom kita sokong filem tempatan. Jangan lupa saksikan bersama keluarga nanti pada 21 Mac 2019 ini diseluruh pawagam menonton filem Upin & Ipin Keris Siamang Tunggal.


EmoticonEmoticon