Wednesday, 16 January 2019

Drama Suamiku Mr Blind lakonan Nazrief Nazri dan Janisa Jalil

Terbaru di saluran HyppSensasi Unifi TV, drama Suamiku Mr Blind adaptasi dari novel karya Danisyarahmat. Terbitan Creative Skill Solution Sdn Bhd dan diarahkan oleh Rusdi Ramli. Bakal bersiaran pada bulan Februari 2019 sepanjang 30 episod.

Drama Suamiku Mr Blind

Para Pelakon

Nazrief Nazri, Janisa Jalil, Zoey Rahman, Intan Najuwa, Dayana Roza, Bella Nazari, Natasya Mahyan, Khaty Azian, Sheila Hassan, Roslan Salleh, Gen Darwish, Puteri Rayyana Rayqa.

Sinopsis Suamiku Mr. Blind

Pada zaman remaja, Aidil dengan sikap nakalnya suka membuli Ain. Ain Syuhada membalas dendam dengan menyembur racun serangga ke mata Aidil hingga menyebabkan mata Aidil Zafran buta.

Sebelas tahun kemudian, Aidil Zafran menerima seorang pekerja baru di syarikatnya. Ain Syuhada muncul kembali dalam hidup Aidil Zafran tanpa dirancang sedangkan Aidil Zafran tidak dapat mengenal pasti siapa Ain Syuhada.

Ain merahsiakan identitinya dariapada Aidil. Manakala Aidil pula jatuh hati dengan Ain lalu menjadi penyelamat bila Ain putus tunang dengan Rayyan disaat perkahwinan mereka terlalu hampir.

Selepas majlis perkahwinan, barulah Aidil ketahui Ain isterinya adalah orang yang sama merosakkan matanya. Aidil bertekad untuk membalas dendam. Mampukah cinta mengatasi dendam yang membara.

Jangan lupa nanti saksikan drama Suamiku Mr Blind di saluran HyppSensasi Unifi TV.


EmoticonEmoticon