Rabu, 24 April 2019

Drama Pia lakonan Zara Zya dan Alif Satar

Drama Pia yang akan disiarkan di slot Samarinda bermula pada 13 Mei ini. Diarahkan oleh Azman Yahya (Jinggo), merupakan terbitan JS Pictures dan ditayangkan selama 15 episod pada setiap hari Rabu hingga Jumaat jam 10 malam.

Drama Pia lakonan Zara Zya dan Alif Satar

Para Pelakon

Zara Zya, Alif Satar, Naim Daniel Azira Shafinaz, Sheila Rusly, Idzham Ismail, Izzat Mushtaq, Annie Mosha, Zalfa Zin, Badrul Muhayat, Fathil Dani.


Episod 1 Episod 2 Episod 3 Episod 4 Episod 5
Episod 6 Episod 7 Episod 8 Episod 9 Episod 10
Episod 11 Episod 12 Episod 13 Episod 14 Episod 15


Sinopsis Drama Pia

Drama ini mengisahkan tentang Pia yang tersepit di antara tugasnya sebagai seorang isteri dan tanggungjawabnya terhadap adiknya yang kurang upaya.

Selepas kedua ibu bapanya terbunuh angkara dadah, Pia djaga oleh Pak Long Mat. Pia mempunyai seorang adik yang cacat akibat cerebal palsy bernama Budi. Zafran, rakan mengaji Pia menyukai Pia sejak dari kecil hinggalah dewasa.

Zafran tinggal bersama bapa dan ibu saudaranya, Ila yang bisu. Ila selalu memerhatikan gerak geri Zafran dan tahu akan perkembangan cinta Zafran dan Pia.

Ila cuba menghalangnya. Zafran kemudian menyambung pengajiannya ke luar negara namun masih meneruskan hubungannya dengan Pia. Setelah pulang semula ke tanah air, meraka berkahwin walaupun tidak direstui Ila.

Nasib tidak menyebelahi Pia apabila Zafran membuat keputusan untuk menghantar Budi ke pusat penjagaan kerana mahu Pia memberikan sepenuh perhatian kepadanya.

Lama-kelamaan sifat Zafran mula berubah dan menambahkan lagi kesengsaraan di hati Pia.

Berita Berkaitan

Drama Pia yang memaparkan watak Orang Kurang Upaya (OKU) menjadi antara produk baharu yang bakal disajikan artis serba boleh, Alif Satar sempena 2019.

Bertekad memberi lebih tumpuan kepada bidang lakonan pada tahun baharu, Alif yang digandingkan bersama artis senior, Sheila Rusly dalam drama terbitan JS Pictures itu, mencabar diri menghayati karakter jejaka yang perlu berinteraksi dengan insan OKU.

Alif mengaku sengaja keluar dari zon selesa dan ‘lari’ daripada watak romantik yang sudah dianggap sinonim dengan dirinya.

“Jika dilihat, sepanjang 2018, saya kurang terima tawaran berlakon kerana terikat dengan komitmen lain. Selama ini juga, saya terikat dengan watak adaptasi novel bercorak romantis.

“Namun, sebaik tawaran JS Pictures diterima, saya lihat plot dramanya cukup menyentuh hati.

“Malah, saya perlu buat kajian mengenai bahasa isyarat. Namun, saya beruntung kerana ibu bapa pernah mengajar cara berkomunikasi dengan golongan OKU,” katanya kepada BH Online.

Alif mengaku berdepan kesukaran menghidupkan watak dalam Pia apatah lagi dia perlu menghafal dialog Sheila bagi memudahkan komunikasi.

“Saya perlu tahu dialog yang dilontarkan Sheila melalui bahasa isyarat dan beri jawapan dalam bentuk dialog lisan,” katanya.

Selain Alif, drama yang bakal disiarkan TV3, Ramadan depan turut menampilkan Naim Daniel, Zara Zya dan ramai lagi.

Alif memuji Zara yang disifatkan pelakon yang cukup komited di set drama.

“Sebelum ini, saya hanya berkenalan dengan Zara di majlis-majlis dan tidak tahu sifat sebenar dirinya di set penggambaran.

“Biarpun sering berjenaka, namun Zara komited dan menghayati watak dengan baik. Saya banyak belajar dengan Zara, Naim, Sheila dan seluruh kru produksi.

“Kami memulakan penggambaran sejak November lalu dan dijangka selesai, bulan depan,” katanya. - BHarian

Gambar Pelakon

pelakon drama pia

pelakon drama pia

Jangan lupa ikuti kesudahan drama Pia ini pada setiap hari Rabu hingga Jumaat jam 10 malam di TV3.