Monday, 21 January 2019

Drama Patah Sayap Bertongkat Paruh lakonan Aaron Aziz dan Fasha Sandha

Akan datang drama Patah Sayap Bertongkat Paruh adaptasi novel karya Hana Ilhami di slot MegaDrama Astro Ria. Bersiaran selama 14 epsiod pada hari Isnin hingga Khamis jam 10 malam. Terbitan Zeel Production Sdn Bhd dan arahan pengarah Along Kamaludin.

drama Patah Sayap Bertongkat Paruh

Para Pelakon

Aaron Aziz, Fasha Sandha, Elly Mazlein, Amelina, Cat Farish, Zarul Husin, Jalil Hamid, Lydiawati, Jasper Supayah, Sofia Dendroff, Aman Aziz, Haziq MacQuistan, Amira Othman, Jasmin Hamid, Farzana Latiff, Awang Hamyzan, Adib Haziem dan ramai lagi.

Sinopsis Patah Sayap Bertongkat Paruh

Aliah nekad pulang ke kampung bersama tiga orang anaknya untuk membina hidup baru setelah dicerai oleh suaminya, Hisyam. Di kampung, kisah rumah tangganya terbongkar apabila Pak Osman, ayah Aliah yang nyanyuk terlepas cerita kepada Talhah, teman sekampung Aliah sejak kecil.

Khabar tentang Aliah yang diabaikan suami mengundang rasa simpati Talhah. Keikhlasan Talhah membantu akhirnya disambut baik oleh Aliah. Dalam diam cinta yang pernah berputik dalam hati Talhah kembali mekar. Namun, amaran daripada Hisyam menyedarkan Talhah tentang status Aliah.

Kerana cemburukan hubungan antara Aliah dengan Talhah, Hisyam berbohong dalam mahkamah bahawa dia tidak pernah melafazkan cerai taklik terhadap Aliah, menyebabkan status Aliah kini tergantung. Pelbagai onak dilalui Aliah sepanjang tempoh menyelesaikan kemelut perkahwinannya.

Mampukah Aliah, wanita yang dianggap lemah ini bangkit merubah suratan? Ataupun terus tersungkur menyambut ketentuan? Bagaimana pula dengan Talhah? Apakah dia akan berdiam menyaksikan wanita yang dicintainya sepenuh hati terlepas buat kali kedua?

“Kalau Aliah melangkah keluar dari rumah ni, gugur talak!” - HISYAM

Dari berterusan menjeruk rasa, lebih baik Aliah mencari bahagia sendiri. Aliah nekad pulang ke kampung bersama tiga orang anaknya untuk membina hidup baru. Rumah tangga yang dibina atas dasar suka sama suka akhirnya runtuh jua. Aliah pasrah.

Di kampung, kisah rumah tangganya terbongkar apabila Pak Osman, ayah Aliah yang nyanyuk terlepas cerita kepada Talhah, teman sekampung Aliah sedari kecil. Khabar tentang Aliah yang diabaikan suami mengundang rasa simpati Talhah.

“Kau nak bercakap pasal apa? Pasal rumah tangga aku? Lepas tu kau nak buat apa? Ketawakan aku?” - ALIAH

“Kalau aku nak, aku dah ketawakan kau masa kat pasar tani hari tu lagi...” - TALHAH

Keikhlasan Talhah membantu akhirnya disambut baik oleh Aliah. Dalam diam cinta yang pernah berputik dalam hati Talhah kembali mekar. Namun, amaran daripada Hisyam menyedarkan Talhah tentang status Aliah.

“Memilih tu memang bagus tapi jangan sampai terpilih tunang orang. Lagi haru kalau isteri orang. Memang cari nahas!” - Hisyam

Kerana cemburukan hubungan antara Aliah dengan Talhah, Hisyam berbohong dalam mahkamah bahawa dia pernah melafazkan cerai taklik terhadap Aliah, menyebabkan status Aliah kini tergantung.

Dugaan yang diterima kali ini berat bukan kepalang. Ia menuntut kesabaran dan kecekalan yang bukan calang-calang. Mampukah Aliah, wanita yang dianggap lemah ini bangkit merubah suratan? Ataupun terus tersungkur menyambut ketentuan? Bagaimana pula dengan Talhah? Apakah dia akan berdiam menyaksikan wanita yang dicintainya sepenuh hati terlepas buat kali kedua?

Gambar Pelakon




EmoticonEmoticon