Thursday, 24 January 2019

Drama Maryam Eliana lakonan Nadiya Nisaa dan Lia Natalia

Drama Maryam Eliana bersiaran di slot Selekta Prima TV2 RTM pada setiap hari Rabu dan Khamis jam 8.30 malam. Terbitan produksi RFC Production dan diarahkan oleh Azhar Khalid. Akan tayangkan selama 13 episod bermula 24 Januari 2019.

Drama Maryam Eliana

Para Pelakon

Nadiya Nisaa, Lia Natalia, Anis Al-Idrus, Lan Siro, Fathil Dhani, Nur Intan Suria, Atiq Azman, Carolina Binur, Ziha Salleh, Harris Alif.

Sinopsis Maryam Eliana

Kisah Maryam yang tanpa rela terpaksa menerima hakikat dimadukan oleh suaminya Iskandar atas permintaan bapa mentuanya Haji Ismail. Ibu mentuanya, Hajah Siah tidak bersetuju namun terpaksa menerima permintaan suaminya atas alasan 10 tahun berkahwin namun mereka belum memiliki cucu.

Kehadiran Sofia sebagai madunya yang memiliki seorang anak bernama Sara diterima walau pahit oleh Maryam. Meskipun kedudukannnya sebagai isteri kedua namun Sofia sentiasa cemburukan Maryam apatahlagi bila Maryam disahkan mengandung. Iskandar gembira menerima berita itu namun Haji Ismail pula termakan hasutan Sofia mengatakan Iskandar mengabaikannya.

Satu hari Iskandar keracunan makanan dan disahkan meninggal dunia. Maryam difitnah oleh Sofia menyebabkan kematian suami mereka. Proses bedah siasat tidak dilakukan kerana desakkan Sofia yang kononnya tidak mahu mayat Iskandar terseksa sedangkan dia tidak mahu kesalahannya meracuni Iskandar terbongkar. Kemuncaknya Haji Ismail menghalau Maryam keluar dari rumah.

Dua puluh tahun berlalu. Maryam kini merupakan pengusaha akuakultur berjaya dan menjadi tenaga pengajar kursus akuakultur. Adam yang sudah dewasa kini membantu mempromosikan perniagaan ibunya menerusi lama blog sambil meneruskan pengajiannya di universiti.

Sementara itu Sofia yang menerajui syarikat beras Maju Trading kepunyaan Haji Ismail mengambil kesempatan menyeleweng wang syarikat. Haji Ismail merancang membuka cabang perniagaan lain iaitu bidang akuakultur dan menghantar Lini mengikuti kursus akuakultur.

Syafiq, anak Sofia terus-terusan mengganggu Arissa teman sekuliahnya namun tidak pedulikan gadis itu. Sebaliknya Arissa melayan Adam dan mula sukakannya. Syafiq meminta bantuan kakaknya Sara untuk memikat Adam demi membuatkan Arissa lupakan Adam.

Lini memberitahu Hajah Siah dia telah menemui Maryam dan membuatkan wanita itu teruja mahu menemui Maryam juga Adam demi menebus silap mereka. Adam terkejut diberitahu nenek dan datuknya masih ada. Adam membantu rakan seperniagaan ibunya iaitu Pak Cik Razif untuk memikat hati Maryam.


EmoticonEmoticon