Thursday, 24 January 2019

Drama Dia Menantu Rahsia lakonan Ashraf Muslim dan Raysha Rizrose

Terbaru di slot Aksia, drama Dia Menantu Rahsia akan bakal ditayangkan selepas berakhirnya Pujaan Hati Kanda. Dijangka pada 29 Januari 2019. Drama ini diarahan pengarah Pali Yahya dan merupakan terbitan A. Aida Production Sdn Bhd.

Istimewa kali ini TV3 akan menayangkan disebalik tabir drama Dia Menantu Rahsia pada Sabtu, 26 Januari jam 6 petang.

drama dia menantu rahsia tv3

Para Pelakon

Ashraf Muslim, Raysha Rizrose, Mona Allen, Syazuwan Hassan dan ramai lagi.


Youtube | Backup / Dload

Lagu Tema / OST
Nyanyian Hafiz Suip, komposer: Ikhwan Fatanna & Ayden Ali, lirik: Dato A.Aida.

Sinopsis Dia Menantu Rahsia

Pertunangan antara Zamer dengan Doktor Suraya telah merobek hati Melissa. Apatah lagi pertunangan itu atas permintaan emak Zamer sendiri. Kerana mahu merawat hati yang kecewa, Melissa membawa diri ke Kuala Lumpur.

Pertemuan antara Melissa dengan Syakir di Kuala Lumpur telah mengubah keseluruhan hidup mereka. Semuanya bermula dengan permintaan tidak diduga daripada Syakir. Lamaran daripada Syakir, akhirnya diterima Melissa semata-mata mahu melarikan diri daripada Zamer yang terus mengejar cintanya. Malahan Engku Kamelia juga turut mendambakan cinta Syakir.

Tujuan mereka mahu berkahwin tidak diketahui sesiapa. Malahan perkahwinan itu juga tanpa rasa cinta di hati masing-masing. Mampukah perkahwinan itu menyelesaikan masalah mereka? Selama manakah mereka mampu bertahan hidup di alam perkahwinan itu?.

Video Teaser


Gambar Pelakon

pelakon drama Dia Menantu Rahsia

Jangan ketinggalan menyaksikan drama Dia Menantu Rahsia pada setiap hari Isnin hingga Jumaan jam 7 malam di TV3 bermula 29/1/2019 yo guys!.


EmoticonEmoticon