Saturday, 19 January 2019

Drama Asalkan Dia Bahagia lakonan Ayda Jebat dan Shukri Yahaya

Drama 28 episod Asalkan Dia Bahagia akan bersiaran pada 3 Mac ini di Akasia TV3. Arahan oleh pengarah popular Jamal Khan dan merupakan terbitan syarikat Zamriez Golden Picture Sdn Bhd. Drama ini adalah adaptasi novel karya Hani Fazuha.

drama asalkan dia bahagia akasia tv3

Para Pelakon

Ayda Jebat, Shukri Yahaya, Idris Khan, Nadiyah Shahab, Marisa Yasmin, Esma Dainal, Rahim Omar.

Sinopsis Asalkan Dia Bahagia

Kisah Adira Imani, disebabkan dia anak yang dikutip jadi dengan rasa rendah diri dia relakan sahaja untuk dijodohkan dengan Haris Aryan yang juga kenalan abangnya Ikmal Reza. Sebenarnya abang Ikmal sudah lama sukakan Adira dan memasang niat untuk melamarnya bila Adira telah tamat belajar.

Namun sebaliknya berlaku bila mama jodohkan dengan Haris dan perkahwinan tersebut dipercepatkan. Payahnya hubungan mereka apabila perkataan ‘orang ketiga’ sering mengundang curiga. Orang ketiga di mata Haris ialah Ikmal. Tapi, orang ketiga di mata Adira ialah Afida, si sepupu yang suka menempel dengan Haris.

novel asalkan dia bahagia

Masalahnya, Haris tidak pernah mahu mengaku dan payahnya bila masing-masing suka percaya pada telahan hati sendiri. Jangan lupa saksikan kesudahan drama Asalkan Dia Bahagia di slot Akasia TV3 dijangka bermula pada 3 Mac 2019 ini.


EmoticonEmoticon