Tuesday, 6 November 2018

Drama Split TV Series lakonan Shukri Yahaya dan Sarah Ali

Drama adaptasi novel karya Nurul Ain Syuhada, Split TV Series telah mula ditayangkan di saluran Astro Citra dan Video On Demand. Bersiaran 20 episod, drama ini diarahkan oleh Jamal Khan dan merupakan terbitan MIG Production Sdn Bhd.

Drama Split TV Series

Para Pelakon

Shukri Yahaya, Sara Ali, Juliana Evans, Fadzil Zahari, Shah Iskandar, Dato Rahim Razali, Elly Arifin, Carolina Binur, Fahmi Reza, Azhar Amir, Nisa Rissa, Liza Rafar.


Sinopsis Split TV Series

Kisah Maryam yang jatuh cinta dengan Mikael tanpa menyedari Mikael sebenarnya mempunyai personaliti berganda.

Maryam, gadis yang umurnya kian lanjut usia dan belum terbuka pintu hatinya buat sang arjuna setelah pernah dikecewakan. Sehinggalah dirinya mula didatangi seseorang yang baik bicaranya, murah dengan senyumannya. Tanpa diduga, mereka berdua menetap di bawah satu kondo yang sama.

Hari demi hari pun berganti sehinggalah karakter yang berbeza dalam tubuh yang sama buat pertama kali muncul di hadapan Maryam. Jejaka penuh misteri itu kadang-kadang boleh berubah menjadi seorang pemarah, kasar, jahat dan semua sikap mazmumahlah senang cakap!

Persoalan mula bermain di minda Maryam. Siapa Miakael? Dan siapa pula Hafez? Belum lagi reda hal Mikael dan Hafez, muncul pula karakter kanak-kanak bernama Adam yang mencari ibunya! Bertambah kalut Maryam jadinya! Siapa pula Adam? Perhubungan Mikael dan Maryam semakin rapat dan hampir beralih ke gerbang perkahwinan setelah desakan daripada ayah Maryam yang tak habis-habis meminta supaya Maryam segera berkahwin.

Pada waktu itu, Maryam merasakan Mikael calon yang paling layak. Setelah berkahwin, ada lagi kejutan yang dialami Maryam. Kejutan apakah itu? Ada tiga sahajakah personaliti Mikael? Akan tersingkapkah lagi personaliti Mikael yang belum diketahui Maryam? Mampukah Maryam terus hidup dengan karakter-karakter lain Mikael? Semuanya akan terjawab dalam Split.

Gambar Pelakon

pelakon drama split tv series


Jangan lupa saksikan drama Split TV Series pada setiap hari Selasa hingga Khamis jam 11 malam di Astro Citra.


EmoticonEmoticon