Thursday, 1 November 2018

Drama Senafas Rindu lakonan Syafiq Kyle dan Elizabeth Tan

Drama Senafas Rindu bakal ditayangkan di slot MegaDrama Astro Ria. Merupakan adaptasi novel karya Damya Hanna dan dijangka menemui penonton pada bulan Februari tahun depan. Terbitan Pena Creative Pictures Sdn Bhd dan arahan pengarah Amor Rizan.


Para Pelakon

Syafiq Kyle, Elizabeth Tan, Kahoe Hon, Alya Iman, Wan Sharmila, Josiah Lim, Nelissa Edreena, Sharul Kamal, Arash Mohd, Liza Abdullah, Aziza Kazan, Louisa Alissa Chong, Fazreen Rafi, Zarina Zainorddin

Sinopsis Senafas Rindu

Kisah Fariz dan Vivianna yang mana masing-masing mempunyai pengalaman pahit dalam percintaan. Fariz pernah bercinta dengan Shafika di alam persekolahan tetapi dihalang oleh ibunya sendiri. Vivianna pula dipaksa berkahwin dengan Kelvin dan ditingalkan tanpa sebab.

Kemunculan Vivianna, gadis sekolejnya yang berbangsa Cina menarik perhatian Fariz. Fariz membantu Vivianna ketika dia menghadapi masalah. Mereka semakin rapat namun pelbagai halangan perlu mereka tempuhi daripada keluarga mereka. Pada masa yang sama, Shafika turut hadir menagih cinta Fariz.

Gambar Pelakon



EmoticonEmoticon