Thursday, 15 November 2018

Drama Selafaz Cinta lakonan Saharul Ridzwan, Syatilla Melvin dan Puteri Aishah

Akan datang di Slot Tiara Astro, drama Selafaz Cinta yang bakal ditayangkan pada 27 November 2018. Drama terbitan Suhan Movies & Trading ini diarahkan oleh pengarah Pali Yahya (Mohd Fazli Yahya) dan bersiaran selama 60 episod.

drama selafaz cinta

Para Pelakon

Saharul Ridzwan, Syatilla Melvin, Puteri Aishah, Aqasha, Fezrul Khan, Riz Amin, Sharifah Sakinah, Ikhwan, Sura Sojangi, Luqman Hafidz, Haris Ismail, Mimi Ernida, Ainin Batrisya.


Sinopsis Selafaz Cinta

Reza Ammar seorang eksekutif perniagaan di syarikat hartanah miliknya. Seorang suami yang baik, menjaga agama dan penyayang pada keluarga. Bukan jenis yang mudah tergoda dengan wanita namun kekhilafannya membuatkan Reza jatuh cinta pada Liza, seorang pramugari. Namun Reza tetap mencintai dan menyayangi Jannah dan anak mereka Shila.

Zahratul Jannah seorang pengusaha fesyen hijab, motivator. Isteri Reza ini selain cantik juga seorang muslimah yang taat. Patuh pada suami. Dulunya seorang gadis yang manja, suka bersosial dan tidak matang. Kini, menjadi seorang yang taat pada agama hasil bimbingan Reza. Setia dan percaya kepada suami namun mula meragui suaminya ketika Reza mula berubah.

Liza Lyana berkenalan dengan Reza ketika berada di satu penerbangan luar negara. Menjalinkan hubungan skandal dengan Reza. Semakin lama, Liza bukan hanya jatuh cinta kepada Reza. Namun dia semakin obses dengan Reza sehingga sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan Reza.

Video Teaser


Gambar Pelakon

gambar pelakon selafaz cinta


Jangan lupa saksikan drama Selafaz Cinta pada setiap hari Isnin hingga Jumaat jam 6.00 petang di Astro Prima 105 dan Maya HD 135.


EmoticonEmoticon