Isnin, 15 April 2019

Drama Kamar Kamariah lakonan Fizz Fairuz dan Nabila Huda

Drama Kamar Kamariah akan bersiaran pada 17 April ini di Slot Akasia TV3 selama 13 episod. Diterbitkan oleh Suhan Movies & Trading Sdn Bhd dan arahan pengarah Raja Ahmad Alauddin.

Drama Kamar Kamariah TV3

Para Pelakon

Fizz Fairuz, Nabila Huda, Aidil Aziz, Syafie Naswip, Engku Faridah, Tasha Shilla, Shuhanty Hanafiah, Ifa AF, Halmy Hamizan.


Episod 1 Episod 2 Episod 3 Episod 4 Episod 5
Episod 6 Episod 7 Episod 8 Episod 9 Episod 10
Episod 11 Episod 12 Episod 13

Video di sebalik tabir drama Kamar Kamariah

Lagu Tema / OST

Aku Bukan Malaikat - Dato Siti Nurhaliza
Misteri - Ernie Zakri
Hatiku Milikmu - Siti Nordiana
Kisah Antara Kita - One Avenue Band

Video Promo


Sinopsis Drama Kamar Kamariah

Mengisahkan kehidupan suami isteri bahagia pada pandangan orang lain. Namun isterinya derita sepanjang kehidupan bersama suami. Kekejaman dan kezaliman Murad kepada isterinya, Kamariah tidak pernah diketahui orang sekeliling.

Dalam naskhah ini juga, menghimpunkan kesabaran isteri yang diduga dengan kezaliman suami. Saban hari dipukul dan disepak teranjang, namun dia masih bertahan.

Kamariah wanita dianiaya sejak muda lagi. Kamariah diperkosa oleh lelaki mabuk yang tidak mengaku perbuatannya. Kamariah menganggap kejadian itu balasan tuhan atas pekara maksiat yang dilakukannya. Kamariah berkahwin dengan Murad.

Murad merupakan seorang lelaki alim dan berhati mulia disisi pandangan orang kampung. Namun sebaliknya Murad berselindung menjalankan perniagaan kelab malam.


Dia perlu berkahwin dengan Kamariah atas pilihan ibunya. Konflik bertambah apabila Murad mengetahui kisah silam Kamariah dan Kamariah melahirkan anak yang dianggap bukan darah dagingnya. Keadaan itu menyebabkan Murad menjadi baran dan mendera Kamariah.

Kamariah terpaksa merahsiakan yang dia menjadi mangsa deraan Murad kerana Kamariah sentiasa bimbang Murad akan membunuh anaknya. Didepan keluarga, Murad melayan Kamariah dengan penuh kasih sayang.

Gambar Pelakon

Drama Kamar Kamariah

Drama Kamar Kamariah

Bagaimanakah kesudahan drama Kamar Kamairah ini nanti setiap hari Isnin hingga Jumaat jam 7 malam di slot Akasia TV3.