Tuesday, 24 July 2018

Anugerah Telenovela 2018 pada 28 Julai ini

Anugerah Telenovela 2018 akan berlangsung pada 28 Julai ini di Plenary Hall, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) dan sebanyak 46 kategori yang dipertandingkan.


Antara kategori yang bakal dipertandingkan adalah:
  1. Novel Popular
  2. Telenovela Popular
  3. Ratu Telenovela Serba Dinamik
  4. Novel Adaptasi Terbaik
  5. Pelakon Lelaki Sensasi
  6. Pelakon Wanita Sensasi
  7. Novelis Best Seller
  8. Anugerah Khas
  9. Primadona Telenovela
  10. Seniwati Lagenda
  11. Tokoh Penghibur Sepanjang Zaman

Berdasarkan senarai, Emma Maembong, Aiman Hakim, Zul Ariffin dan Syafiq Kyle bakal berentap dalam pencalonan bagi kategori pelakon terbaik dan popular menerusi drama dan filem lakonan mereka sepanjang 2016.

Dua drama lakonan Emma yang disenaraikan ialah Sayang Papa Saya Tak dan Awak Suka Saya Tak dan filem bertajuk Kimchi Untuk Awak.

Sementara itu Aiman Hakim turut membintangi satu drama adaptasi novel pada tahun lalu menerusi Urusan Hati Cik Drama Queen dan filem Kimchi Untuk Awak.

Bagi Syafiq Kyle, dua drama lakonannya tersenai bagi merebut trofi ialah Suamiku Paling Sweet dan Mencintaimu Mr Photographer.

Drama lakonan Zul Ariffin juga bakal berentap dalam anugerah yang diadakan setiap tahun ini iaitu Titian Cinta dan filem lakonannya, Tombirou: Penunggu Rimba.

Sementara itu bagi kategori filem yang diadaptasi daripada novel, Yayasan Pembangunan Buku Negara (YPBN) selaku penganjur hanya menerima empat pencalonan.

Lima filem adaptasi itu ialah Tombirou: Penunggu Rimba, Bisik Pada Langit, Kimchi Untuk Awak, Kau Yang Satu dan Jimba.

Menurut Pengerusi YPBN, Hasan Hamzah, Anugerah Telenovela bukan semata-mata untuk industri hiburan tetapi bagi memberi pengiktirafan kepada penulis novel serta buku dan warga kerja industri kreatif.

“Mungkin ada yang salah faham dengan kewujudan anugerah ini. Saya ingin tegaskan bahawa Anugerah Telenovela bukan sekadar hiburan sahaja.

“Tapi anugerah ini bertujuan untuk beri pengiktirafan pada industri kreatif seperti penulis buku dan novel,” katanya ketika sidang media di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada Isnin.

Anugerah Telenovela ini dianjurkan sempena Festival Industri Kreatif yang akan berlangsung ‪dari 28 Julai ini menerusi live streaming ‬Viral TV Station bermula pukul 8 malam.


EmoticonEmoticon