Sunday, 24 June 2018

Gambar Sufian Suhaimi dan Natasha Asraff

Beberapa hari lepas, tersebar foto mesra penyanyi lagu Di Matamu iaitu Sufian Suhaimi bersama seorang wanita mendapat perhatian netizen.

Sufian Suhaimi dan Natasha Asraff

Foto yang dipercayai dirakam ketika sambuan Hari Raya Aidilfitri itu menjadi bualan hangat netizen yang ingin mengetahui lanjut mengenai gerangan wanita istimewa itu.

Foto yang dimuat naik di Instagram seorang jurugambar itu memperlihatkan Sufian mengayakan baju Melayu berwarna ungu manakala wanita itu mengenakan persalinan baju kurung moden berwarna hitam.

Rata-rata peminat wanita penyanyi itu meninggalkan komen berbaur kecewa dan patah hati melihat gambar mesra mereka selain menjangkakan wanita dikenali sebagai Natasha Asraff itu kekasih baharu Sufian.

Ada juga mengecam tindakan penyanyi itu yang beraksi mesra dalam gambar berkenaan selain menganggap ia keterlaluan jika mereka tiada pertalian darah.

Sufian Suhaimi dan Natasha Asraff

Sufian yang dihubungi menjelaskan wanita itu bukan teman wanitanya sebaliknya salah seorang saudara yang turut pulang ke kampung pada hari raya lalu.

"Tidaklah bukan kekasih, saudara. Janganlah patah hati okey!" ujarnya ringkas.

Sebelum ini Sufian pernah mengikat tali pertunangan dengan pelakon Elfira Loy namun ikatakan itu putus pada Februari lalu.

Sufian dan Elfira sepatutnya melangsungkan perkahwinan pada Mac lalu. - MStar


EmoticonEmoticon