Thursday, 30 August 2018

Drama Cintaku Di Bumi Izmir lakonan Hefny Sahad dan Raysha Rizrose

Drama Cintaku Di Bumi Izmir bersiaran 30 episod setiap hari Isnin dan Selasa jam 9 malam. Mula ditayangkan pada 27 Ogos 2018 di saluran Hyppsensasi 116 Unifi TV. Merupakan drama terbitan Creative Skill Solution Sdn Bhd dan arahan pengarah Idora Abdul Rahman. Skrip hasilan gandingan Nieza Nahar dan Raja Azidah.

drama cintaku di bumi izmir

Para Pelakon

Hefny Sahad, Raysha Rizrose, Nabila Razali, Syafie Naswip, Noniswara, Ieka Zulkifli, Wanna Ali, Alif Hadi, GeorginaByl, Syafnida Shuhaimi, Sharifah Kamariah, Zera Hariz, Fathil Dani, Zainab Othman, Helvera Susanti

Lagu Tema/OST

Mimpi Yang Berulang - Nova
https://www.youtube.com/watch?v=Ba5s96alMGU

Sinopsis Cintaku Di Bumi Izmir

Usahawan muda, Aidid mewarisi perniagaan eksport dan import makanan di Malaysia yang diusahakan keluarganya. Masih bujang, dia dibesarkan oleh ibu saudaranya Haryati selepas kematian ibu bapa.

Aidid perlu ke Turki bagi memenuhi undangan sebuah persidangan. Di sana, dia bertemu Suzan Sevgi yang membantunya dari segi komunikasi bersama orang tempatan. Aidid turut meminta Suzan menjadi pemandu pelancong dan penterjemah sepanjang dia berada di negara itu bagi memudahkan kerja.

Lama-kelamaan, perasaan profesional itu bertukar menjadi sayang. Namun, pada masa sama Aidid berdepan konflik apabila ibu saudaranya meminta dia berkahwin dengan anak teman baiknya.

Info Lain

Drama Cintaku Di Bumi Izmir. Pelakon, Hefny Sahad, mengaku tidak mempunyai masalah untuk beraksi di sisi bintang muda, Raysha Rizrose, dalam drama tersebut.

Katanya, dia dan pelakon berusia 21 tahun itu sememangnya sudah saling mengenali sebelum disatukan dalam drama terbabit.

cintaku di bumi izmir

Drama 30 episod terbitan Creative Skill Solution dan akan dijangka bersiaran pada Ogos ini di saluran Hypp Sensasi, UnifiTV/HyppTV.

Raysha ialah adik kepada aktres sensasi, Uqasha Senrose, yang pernah dikaitkan mempunyai hubungan cinta dengannya sebelum ini.

"Memang saya dan Raysha tidak pernah bekerjasama sebelum ini. Tetapi, kami memang saling mengenali dan pernah melepak bersama. Saya juga baik dengan ahli keluarganya, jadi ia bukanlah masalah besar.

"Cuma, ketika peringkat awal penggambaran, tidak dinafikan ada sedikit cabaran untuk mendapatkan keserasian. Namun, lama-kelamaan, saya mahupun Raysha boleh mengikut rentak masing-masing. Saya dan semua pelakon lain cuba memberikan persembahan terbaik untuk naskhah ini.

"Menerusi drama ini, kami diberikan watak dua insan yang perlu menzahirkan perasaan cinta masing-masing ketika bertemu di Izmir, Turki," katanya sambil memaklumkan, mereka sentiasa bersikap profesional ketika di lokasi, termasuklah sewaktu menjayakan penggambaran di negara terbabit..

Dalam Cintaku Di Bumi Izmir, Hefny, 30, memegang watak usahawan muda bernama Aidid.

"Aidid mewarisi perniagaan eksport dan import makanan di Malaysia, iaitu bisnes yang sebelum itu diusahakan keluarganya. Masih bujang, dia dibesarkan oleh emak saudaranya (lakonan Noniswara) selepas kematian ibu dan bapa.

"Hendak dijadikan cerita, Aidid perlu ke Turki kerana memenuhi undangan sebuah persidangan. Di sana, dia bertemu Suzan (Raysha) yang membantunya dari segi komunikasi bersama orang tempatan. Aidid turut meminta Suzan menjadi pemandu pelancong dan penterjemah sepanjang dirinya berada di negara itu bagi memudahkan kerja.

"Lama-kelamaan, perasaan profesional itu bertukar menjadi sayang. Namun, pada masa sama Aidid berdepan konflik apabila ibu saudaranya meminta dia berkahwin dengan anak teman baiknya," kata bekas pengacara Muzik-Muzik 32 itu.

Sementara itu, Hefny turut berkongsi pengalaman berpuasa bagi tempoh lebih panjang di negara berkenaan.

"Banyak cabaran ketika berlakon drama ini, apatah lagi apabila penggambaran dilakukan pada bulan puasa. Tempoh berpuasa di sana lebih panjang, iaitu kira-kira 17 jam. Cuaca pula kadang-kadang panas dan ada masanya sejuk.

"Menjalani penggambaran di Izmir juga menyaksikan kami berdepan masalah komunikasi. Ia bukanlah kota besar seperti Istanbul. Masyarakat di sana kebanyakannya tidak pandai berbahasa Inggeris," katanya.


EmoticonEmoticon