Sunday, 13 May 2018

Senarai Pemenang DFKL 2018

Senarai Pemenang DFKL 2018. Drama Dekatkan Jarak Kita dinobatkan sebagai Drama Pilihan, Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) 2018 pada acara yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini, malam tadi.

Drama terbitan JS Pictures itu menjadi pilihan pengundi yang turut mengangkat gandingan utamanya, Syafik Kyle dan Ayda Jebat sebagai Pasangan Serasi.

Video DFKL 2018


Senarai Pemenang DFKL 2018:

  1. Drama Pilihan: Dekatkan Jarak Kita (JS Pictures Sdn Bhd)
  2. Pengarah Pilihan: Heykal Hanifah (Titian Cinta)
  3. Aktor Pilihan: Zul Ariffin (Titian Cinta)
  4. Aktres Pilihan: Janna Nick (Biar Aku Jadi Penunggu)
  5. Pasangan Pilihan: Syafiq Kyle dan Ayda Jebat (Dekatkan Jarak Kita)
  6. Antagonis Pilihan: Syukri Yahya (Andainya Takdir)
  7. Skrip Pilihan: Farhana Fauri (Titian Cinta)
  8. Lagu Tema Pilihan: Sumpah Cintaku (Titian Cinta-Asfan)
  9. Drama Pendek Pilihan: Manikam Dalam Lipatan
  10. Drama Radio Pilihan : Bukan Cinta Biasa (Kool FM)
  11. Drama Pilihan Tonton VIP: Zahir Tak Terucap (Zamriez Golden Pictures Sdn Bhd)
  12. Selfie Paling Drama: Ain Edruce

Drama adaptasi cerpen tulisan Syu Ariani itu mendapat sentuhan pengarah, Azman Yahya dan ditayangkan bermula 21 November lalu menerusi slot Samarinda.

Sementara itu, drama Titian Cinta mendominasi kemenangan apabila menggondol empat trofi menerusi kategori Pengarah Pilihan (Heykal Hanifah), Skrip Pilihan (Farhana Fauri) dan Lagu Tema Pilihan, Sumpah Cintaku nyanyian Asfan.

Tuah turut menyebelahi pelakon utamanya, Zul Ariffin apabila dipilih peminat sebagai Aktor Pilihan. Namun, gandingannya dalam drama itu, Farah Nabilah gagal mengungguli trofi Aktres Pilihan apabila tewas di tangan Janna Nick menerusi lakonannya dalam Biar Aku Jadi Penunggu.

Kategori Antagonis Pilihan pula menjadi milik Shukri Yahaya yang memenanginya menerusi drama Andainya Takdir.

Anugerah DFKL 2018 yang disiarkan secara langsung menerusi TV3 menampilkan gandingan Ajak (Shiro) dan Nabila Huda sebagai pengacara. - BHarian


EmoticonEmoticon