Tuesday, 15 May 2018

Pereka Fesyen Ezuwa Ismail memang sengaja tiru rekaan

Pada minggu lalu, Ezuwan Ismail seorang pereka fesyen dikecam hebat oleh netizen yang mempertikaikan kreativiti beliau apabila meniru rekaan antarabangsa bagi busana yang digayakan oleh Nabila Razali dan Maria Farida.

ezuwa tiru rekaan


Namun, pereka ini nampaknya agak “kebal” dengan segala kritikan dan kembali melakukan perkara yang sama ketika mereka busana gaun kembang berwarna kuning yang digayakan oleh Maria Farida pada malam anugerah DFKL 2018 hujung minggu lalu.

Sekali lagi ia menjadi satu isu hangat dan ada sesetengah netizen berpendapat sebagai seorang pereka fesyen popular, beliau seharusnya tampil dengan idea sendiri dan tidak seharusnya berbangga meniru hasil idea orang. Apatah lagi Ezuwan menggelarkan dirinya “Tukang Jahit Termahir Malaysia”.
Menurut Ezuwan, beliau dan Maria Farida sememangnya sengaja ingin meniru rekaan tersebut dan seakan geram dengan sikap netizen yang sebelum ini tidak pernah ingin mengambil perhatian dengan baju rekaan beliau. Bunyi macam mahu balas dendam sahaja? Eh..


Secara jujurnya memang kami sepakat untuk sengaja meniru kerana geram dengan netizen yang hanya mengkritik sahaja walaupun sebelum ini banyak baju hasil kerja saya lalu di karpet merah. Kami sudah bersedia tanggung risiko untuk dikecam netizen. Bila kita buat idea kita mereka tidak mahu menilai pula.

Terpulanglah kepada seseorang itu bagaimana untuk meraih perhatian , tetapi kalau sudah selalu sahaja meniru rekaan orang lain, jangan salahkan orang ramai sekiranya ada yang tidak lagi menghargai hasil karya anda selepas ini. Boleh sahaja menghasilkan sesuatu yang lebih “wow” hasil idea sendiri untuk orang ramai menilai. - Beautifulnara


EmoticonEmoticon