Thursday, 13 July 2017

9 September Tarikh Baru Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong

Kerajaan telah bersetuju sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong XV Sultan Muhammad V bagi 2017 dipinda ke 9 September (Sabtu).


Menurut kenyataan Jabatan Perdana Menteri (JPM) hari ini, pindaan itu mengambil kira hari Sabtu minggu pertama Jun pada 2017, 2018 dan 2019 jatuh dalam bulan Ramadan.

“Dengan pindaan tersebut, sambutan Hari Keputeraan Seri Paduka dapat diraikan bersama-sama rakyat jelata melalui penganjuran acara yang dijadualkan,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu menyatakan bagi tahun ini, Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V akan disambut pada Sabtu, 29 Julai.- Bernama


EmoticonEmoticon