Tuesday, 20 June 2017

Senarai Terbaru Lokasi Kamera AES di Malaysia

Senarai Terbaru Lokasi Kamera AES di Malaysia. Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) dan Sistem Pemberian Mata Demerit Kesalahan Jalanraya (KEJARA) telah dilaksanakan serentak pada Mac lalu dalam usaha mengurangkan kadar kemalangan jalan raya.

senarai terbaru lokasi kamera aes

Di Lebuhraya
  1. KM 375.9 Lebuhraya PLUS - Slim River (Arah Utara)
  2. KM 7 Jalan Maharajalela - Teluk Intan (Arah ke Bagan Datoh)
  3. KM 91 Jalan Ipoh - Butterworth (Arah ke Selatan)
  4. KM 85.5 Jalan Ipoh - Kuala Lumpur (Arah ke Selatan)
  5. KM 204.6 Lebuhraya PLUS - Taiping (Arah ke Utara)
  6. KM 6.6 SKVE (Puchong ke Kajang)
  7. KM 301.6 Lebuhraya PLUS - Kajang (Arah ke Utara)
  8. Jalan Lebuh Sentosa, Putrajaya (Kajang menuju ke PICC)
  9. Jalan Persiaran Timur, Putrajaya (PICC menuju ke Kajang)
  10. KM D7.9, Sungai Besi, Kuala Lumpur (Arah ke Selatan)
  11. KM 151.4 Lebuhraya PLUS - Pagoh
  12. KM 299.9 Lebuhraya PLUS - Kampar
  13. KM 17 Gua Musang - Kuala Krai
  14. KM96.3 Lebuhraya PLUS - Kuala Muda
  15. KM256.1 Lebuhraya Pantai Timur 2
  16. KM 288.6 Lebuhraya Pantai Timur 2
  17. KM 146.8 Lebuhraya PLUS - Pagoh


Di Lampu Isyarat
  1. KM 26 Jalan Ipoh - Kuala Kangsar (Persimpangan Kg Kerdah)
  2. Jalan Pasir Putih - Ipoh (Persimpangan Jalan Temenggung, Jalan King)
  3. Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur (Persimpangan Jalan Sepadu)
  4. Jalan Ipoh, Kuala Lumpur (Persimpangan Jalan Perhentian, Sentul)

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata, keputusan pelaksanaan dua skim itu akan dibawa ke Kabinet untuk dibincangkan dalam masa terdekat sebelum ia dilaksanakan. "Kita tidak boleh lagi berdolak dalik dalam isu keselamatan.

Kerajaan terpaksa ambil inisiatif yang serius iaitu kuatkuasakan semula AES. "Menerusi KEJARA pula, kita akan tolak mata demerit pemandu. Bila disaman, kita akan tolak mata bergantung kepada kesalahan yang dilakukan.

Bila sampai 20 mata, kita akan gantung lesen pemandu," katanya kepada media sempena lawatan rasmi ke Sri Pentas di sini, sebentar tadi. Liow berkata, AES dan KEJARA adalah salah satu cara berkesan dalam mengurangkan nahas jalan raya.

"Tujuan utama kita nak selamatkan nyawa. Kerajaan tak berniat nak denda pemandu tetapi kita nak ubah sikap pemandu agar mereka bertanggungjawab terhadap jalan raya," katanya.

Beliau berkata, pada masa ini terdapat 14 kamera AES masih berfungsi. Pada 18 Disember 2012, Peguam Negara memutuskan supaya pelaksanaan AES dikaji semula berikutan ia mendapat tentangan hebat daripada rakyat.


EmoticonEmoticon