Wednesday, 14 June 2017

Saluran Percuma Khas Raya HD (122) di Astro

Saluran percuma sempena raya nanti, Raya HD (saluran 122) bakal bersiaran bermula Sabtu, 24 Jun pada jam 6 pagi hingga Isnin, 24 Julai secaras serentak dengan saluran Astro Ria, Astro Warna dan Astro Citra.

Astro Raya HD 122

Saluran khas RAYA HD bakal menyajikan lebih 60 seleksi program raya terbaik termasuk program-program baru selama sebulan bermula 24 Jun hingga 24 Julai.

Antara drama, telemovie dan program raya yang akan ditayangkan di Astro Raya HD.

Drama / Telemovie
  • Suri Hati Mr. Pilot Raya - 1 Syawal 9pm
  • Famili Tuan Ihsan - 1 Syawal 10am
  • Abang Bomba I Love You Raya - 2 Syawal 10am
  • Sayang Papa Saya Tak Raya - 3 Syawal 10am
  • Menantu Malam Raya - 28 Jun / 4 Syawal 10am
  • Ada Apa Dengan Ramadan - 29 Jun / 5 Syawal 10am
  • Kalut Nak Raya - 25 Jun / 1 Syawal 5pm
  • Jodoh Ayam Golek Tergolek - 26 Jun / 2 Syawal 5pm
  • Raya Dive - 27 Jun / 3 Syawal 5pm
  • Cinta 'Bae' Kicap - 28 Jun / 4 Syawal 5pm
  • Riuh Raya Kak Mah - 29 Jun / 5 Syawal 5pm
  • Kembalikan Syawal Ku - 24 Jun 9pm

Program
  • Gegar Vaganza Kirim Salam Raya - 24 Jun Malam raya 9pm
  • Maharaja Lawak Mega Raya 2017 - 1 Syawal 12tghari
  • Gitu-Gitu Raya - 2 Syawal 12tghari
  • Sepahtu Reunion Raya Bhg1 - 2 Syawal 12tghari
  • Sepahtu Reunion Raya Bhg1 - 4 Syawal 12tghari
  • Jozan Raya Sampai Pengsan - 5 Syawal 12 tghari
  • MeleTOP Raya - 1 Syawal - 2pm
  • Selera Seksa Raya - 2 Syawal
  • Duo Star Lagenda Raya - Bhg1, 2 Syawal 9pm
  • Duo Star Lagenda Raya - Bhg2, 3 Syawal 9pm
  • Hero Princess Aaisyah - 4 Syawal 9pm
  • Abang Hot Beraya - 5 Syawal 9pm
  • Dia Semanis Honey Muzikal - 1 Jul 10am
  • Konsert Komedi Raya - 30 Jul 10am
  • akan dikemas kini

Info Saluran Raya HD (122)

Selaras dengan tema Dari Hati melalui Kempen Kosong-Kosong juga, Astro turut menawarkan lebih 260 program istimewa raya termasuk 131 buah program baharu akan disiarkan di platform digital, televisyen dan radio sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.

Naib Presiden Bahagian Perniagaan Melayu Astro, Dato' Khairul Anwar Salleh berkata kemajuan teknologi yang pesat merangsang revolusi dunia penyiaran dan dunia dalam talian kepada Astro untuk memberikan terbaik Syawal ini.

"Pendekatan menyerluruh 30 darjah dilihat sebagai strategi paling berkesan untuk menghimpunkan variasi kandungan istimewa sepanjang perayaan ini terutamanya di ruang digital dan Over The Top (OTT) agar proram-program yang ditawarkan dapat dinikmati dengan pantas pada bila-bila masa dan di mana saja mengikut keselesaan masing-masing," katanya.

Jangan lupa ketinggalan mengikuti saluran Raya HD (122) Astro yang berrmula 24 Jun, pukul 6 pagi hingga Isnin, 24 Julai 2017.


EmoticonEmoticon