Saturday, 24 November 2018

12 Lagu ke Anugerah Juara Lagu (AJL 33)

12 Lagu ke Anugerah Juara Lagu (AJL 33). Keputusan berkenaan diumumkan pada minggu ketiga pertandingan Separuh Akhir Muzik Muzik 33 yang berlangsung di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral di sini, malam ini.

AJL33

Program separuh akhir rancangan hiburan popular itu yang bersiaran selama tiga minggu berturut-turut, bermula 22 November lalu, menyaksikan 30 lagu berentap merebut tempat ke AJL 33.

Karya pada peringkat separuh akhir dinilai oleh barisan juri profesional yang terdiri daripada Datuk Mokhzani Ismail selaku Ketua Juri, Helen Yap, Edrie Hashim, Ajai, Azmeer, Lok U dan Cat Farish.

Dihoskan oleh Haziq Hussni dan Sherry Alhadad, rancangan berkenaan turut disiarkan secara langsung di portal video tonton (www.tonton.com.my) dan youtube @TV3Malaysia.

Senarai Lagu ke AJL33

1. Siti Sarah - Semakin
2. Ara Johari - Bunga
3. Syamel - Kau Pun Sama
4. Misha Omar - Sampai Bila
5. Hael Husaini & Dayang - Haram
6. Khai Bahar - Luluh
7. Altimet - Bunga
8. Haqiem Rusli ft Amanra - Jatuh Bangun
9. Amylea & Kaer - Tak Pernah Hilang
10. Hael Husaini - Hajat
11. Sufian Suhaimi - Di Matamu
12. Siti Nordiana & Jaclyn Victor - Nisan Cinta


EmoticonEmoticon