Monday, 1 October 2018

Video Teaser Minggu Akhir Bahagia Bukan Bidaan


Video Teaser Terbaru Bahagia Bukan Bidaan. Kisah Ain Farhana yang sanggup mempertahankan rumah tangga yang terbina dengan Azlan selama 16 tahun demi anak mereka. Namun Hana tekad ingin bercerai selepas mengetahui Azlan mempunyai skandal dengan Aina, eksekutif yang bekerja di syarikat sama. Hana tidak tahan lagi dengan sikap Azlan yang tidak pernah berubah. Azlan yang dicabar menceraikan Hana dengan talak satu dan mahu rujuk kembali. Hana yang enggan, dihalang oleh Azlan untuk berjumpa dengan anakya. Hana mula hilang arah dan mengalami kemurungan.

Nik Zachary muncul ketika hidup Hana kucar-kacir. Huluran cinta Nik tidak pernah bersambut. Hana mahu hidup sendiri tanpa insan bernama suami. Namun, kesungguhan dan keikhlasan Nik membuka mata dan hati Hana.

Cinta mula hadir dalam hati Hana. Kasih disulam menunggu hari untuk disatukan. Namun, perlukah Hana membida kasih sayang Nik apabila dia tahu ada nama lain dalam hati itu? Hana mula lelah dengan kebenaran yang tersingkap. Mampukah Hana keluar dari kemelut jiwa yang membelenggu? Atau Hana akan terus terseksa buat kali kedua?

terbaru bahagia bukan bidaan


EmoticonEmoticon